PEMILIHAN ISA SAMAD BUKTI UMNO SEMAKIN PUPUS

1

Oktober 1, 2009 oleh HermanSamsudeen


Kenyataan Media PAS Wilayah Persekutuan

Pemilihan Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, membuktikan dengan jelas bahawa UMNO tidak pernah berubah sejak dulu, kini dan selamanya. Soal integriti, kredibiliti, moral dan modal insan yang sering dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Presiden UMNO, ternyata merupakan cakap-cakap kosong dan retorik semata-mata.

UMNO sendiri gagal untuk “walk the talk” apabila memilih calon yang pernah disabitkan salah oleh Lembaga Disiplinnya sendiri kerana melakukan jenayah rasuah semasa Perhimpunan Agung Umno. Inilah rupanya calon terbaik yang dapat ditawarkan oleh UMNO kepada penduduk Bagan Pinang dalam pilihanraya kecil nanti. Maka tidak hairanlah UMNO sentiasa dipandang negatif oleh masyarakat sebagai parti yang sinonim dengan gejala rasuah.

PAS Wilayah Persekutuan melihat pemilihan Isa sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang sebagai bukti bahawa UMNO sudah ketandusan pemimpin-pemimpin yang bersih untuk diketengahkan kepada masyarakat.

Pemimpin bukan sahaja perlu bersih didalam partinya tetapi yang penting sekali adalah dilihat bersih pada kaca mata masyarakat. Tindakan ini juga boleh dianggap sebagai penghinaan kepada institusi masyarakat dan kepimpinan setempat kerana rakyat yang bersih ditawarkan pemimpin yang tidak bersih.

Rakyat hari ini sudah matang dan bijak untuk memilih pemimpin-pemimpin yang bersih , bertanggungjawab, bebas dari segala penyelewengan dan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 dan beberapa siri pilihanraya-pilihanraya kecil pasca PRU12 dengan jelas membuktikan bahawa rakyat sudah berani bersuara dan tidak lagi berkompromi dengan pemimpin-pemimpin yang korup dan bergelumang dengan najis rasuah. Suara rakyat dalam isu ini tetap konsisten sehingga kini.

Sungguhpun dari segi perundangan Tan Sri Isa Samad masih layak untuk dicalonkan dalam pilihanraya tersebut tetapi dari segi moralnya, beliau sudah hilang kelayakan akibat disabitkan salah oleh partinya sendiri dengan kesalahan rasuah dan politik wang.

Bagaimana UMNO ingin mendidik rakyat untuk memandang rasuah sebagai satu kesalahan yang jijik di sisi undang-undang sedangkan mereka sendiri menjulang dan merestui pemimpin mereka yang sebati dengan kesalahan itu.

Justeru, tindakan UMNO menawarkan kepada rakyat calon yang sudah hilang kredibiliti sebagai calon yang bersih, tidak bermaruah dan berintegriti rendah seperti Isa adalah tanda-tanda awal bahawa UMNO akan ditolak oleh rakyat secara total dalam pilihanraya akan datang dan menemui kepupusannya sedikit masa lagi.

AHMAD ZAMRI KHUZAIMI
Pengerusi Lajnah Guaman PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

One thought on “PEMILIHAN ISA SAMAD BUKTI UMNO SEMAKIN PUPUS

  1. anakpahang berkata:

    Jika ada yang masih boleh diperdayakan oleh dakyah UMNO berhubung dengan calon UMNO di Bagan Pinang mungkin hanya pencacai tegar mereka sahaja.

    Macam tak ada orang lain dalam UMNO yang layak jadi calon.

    UMNO oh UMNO…….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Oktober 2009
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: