Dakwaan Kelantan mundur, Idris jawab Muhyiddin

2

Oktober 7, 2009 oleh HermanSamsudeen


Oleh Abdul Aziz Mustafa

TELOK KEMANG, 6 Okt: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membandingkan jumlah banglo Melayu di Kuala Krai dan di Pagoh terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan kononnya Kelantan adalah negeri yang mundur, kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

“Saya percaya Muhyiddin sebelum ini berulang alik ke Kuala Krai untuk berkempen dalam pilihan raya kecil Manek Urai.

“Saya harap dia ada mata untuk melihat berapakah jumlah banglo Melayu di sekitar pekan Kuala Krai dan sebagai wakil rakyat Pagoh, cuba kira berapa banyak pula banglo Melayu di sekitar pekan Pagoh. Saya tidak mahu sebut Pasir Mas kerana bimbang tidak padan dengan Pagoh.”

“Selepas itu, baru bercakap tentang soal pembangunan di Kelantan,” kata beliau.

Idris juga menjemput Muhyiddin dan juga calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang turut memperkecilkan pembangunan di Kelantan melawat negeri itu.

“Tak perlu susah-susah buat kajian sana-sini. Muhyiddin dan Isa bawa payung dan kerusi, selepas itu duduk depan Tesco di Kota Bharu untuk melihat sendiri kuasa beli rakyat di negeri itu.”

“Setiap hari minggu Tesco Kota Bharu memungut lebih RM1 juta sehari sehingga ia bercadang hendak menambahkan cawangannya di Kelantan sedangkan Tesco di Kuantan, di negeri perdana menteri sendiri, telah ditutup akibat masalah ekonomi setempat.

“Kalau Kelantan mundur seperti yang digambarkan oleh Muhyiddin dan Isa, rakyatnya tidak akan mempunyai kuasa beli sedemikian rupa,” kata beliau.

Menurut Idris, beliau sengaja tidak mahu mengemukakan statistik untuk menyedarkan Muhyiddin kerana beliau tidak yakin Timbalan Presiden Umno itu sanggup mendedahkan statistik tentang kadar kemiskinan di negara ini.

“Jawapan perdana menteri di Dewan Rakyat pada 3 September 2007 menunjukkan dengan jelas bahawa bilangan isi rumah dalam kategori miskin tegar di Perak, Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak ternyata lebih besar berbanding negeri Kelantan.”

“Muhyiddin buat apa ketika statistik itu dinyatakan di Dewan Rakyat? Tidak datang ke dewan? Tidur?” beliau mempersoalkan.

Berdasarkan jawapan perdana menteri di Dewan Rakyat itu, Sabah mempunyai bilangan isu rumah dalam kategori miskin tegar yang tertinggi iaitu 32,297, diikuti Terengganu (8,300), Perak (5,730), Sarawak (5,243) Kedah (4,938) dan Kelantan (3,550).

“Ketika perdana menteri memberikan statistik itu, Terengganu, Perak dan Kedah semuanya berada di bawah pemerintahan BN.

“Lebih buruk lagi, statistik itu juga menunjukkan BN sengaja membiarkan Sabah dan Sarawak mundur sedangkan rakyat Sabah dan Sarawaklah yang paling setia dengan BN,” kata Idris.

Beliau walau bagaimanapun yakin rakyat di Bagan Pinang tidak akan terpengaruh dengan sikap bodoh sombong kedua-dua pemimpin itu. _

Advertisements

2 thoughts on “Dakwaan Kelantan mundur, Idris jawab Muhyiddin

  1. Sayataksukahijau berkata:

    Alamak bodoh nya Si Idris dari Parti Angkat Sampah ni,dia tak paham maksud MAJU sebenarnya,Tesco dibina pakai duit kerajaan negeri ke,banglo melayu tu kerajaan negeri kelantan yang bina ke.
    Mundur yang sebenar ialah,infrastruktur yang kerajaan negeri patut sediakan,contoh jalan raya,lampu jalan,pondok bas,dan lain lain lagi.
    Bodoh nya mangkok2 PAS,dia ingat Tesco tu dia buat pakai duit kerajaan,banglo tu kerajaan kelantan yang taja ke,hasil titik peluh rakyat kelantan dikatakan usaha keparat PAS kelantan.
    Yang mundur bukan rakyat kelantan tapi yang Mundur Kerajaan Kelantan yang dipimpin PAS!
    Padahal lah sibuk mintak royalti minyak sebab duit nak beli serban baru dah abis.

  2. Sayataksukahijau berkata:

    Bilangan penduduk kelantan berapa cuba kau kira satu2.
    Bodoh punya PAS!
    Rakyat kelantan kaya takda kena mengena dengan PAS.
    Hasil titik peluh diorang kau kata usaha PAS.
    Bodoh punya parti angkat sampah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Oktober 2009
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: