Kenyataan Media: 4 isu yang perlu diberi perhatian untuk bajet Wilayah Persekutuan

Tinggalkan komen

Oktober 20, 2009 oleh ruslyislam


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan ingin menegaskan empat isu rakyat (4 ISU RAKYAT) yang perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh Kementerian Wilayah selepas diumumkan Bajet 2010 yang dijadual akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 23 Oktober ini.

Pertama, Kementerian Wilayah Persekutuan perlu memberikan penekanan kepada golongan belia di negeri ini. Menyedari hakikat indeks jenayah semakin meningkat saban tahun dan Kuala Lumpur merupakan sebuah kota metropolitan, maka usaha-usaha membina generasi berilmu dan berakhlaq perlu diberikan tumpuan utama. Ramai penduduk di kawasan-kawasan perumahan yang padat amat khuatir dengan kes-kes moral belia di kawasan mereka. Ini bermakna, mereka perlu diberikan bimbingan dan peluang untuk dibina melalui program-program belia seperti aktiviti kemahiran, aktiviti keusahawanan dan aktiviti ilmuan.

Maka, Pemuda PAS Wilayah mendesak pihak kementerian agar dapat mengadakan kerjasama dengan ahli-ahli Parlimen di negeri ini untuk menganjurkan program-program pembinaan jatidiri belia disamping pemantapan spiritual dan intelektual mereka.

Kedua, Pemuda Wilayah mendesak agar kementerian memberikan perhatian kepada aspek penyuraian trafik di Kuala Lumpur. Kepadatan kenderaan di waktu-waktu puncak terutamanya memberikan kesukaran kepada penduduk Kuala Lumpur. Ia akan memberikan impak yang negatif umpamanya waktu terluang harian bersama keluarga terhad, tekanan mental akan bertambah dan membebankan kewangan rakyat. Malah, indeks pencemaran udara di Kuala Lumpur sentiasa berada pada tahap yang membimbangkan.

Pemuda PAS Wilayah berpendapat agar pihak kementerian dapat memikirkan cara yang terbaik termasuk melebarkan beberapa jalan utama, disamping meningkatkan kualiti kenderaan awam agar ia menjadi pilihan utama rakyat dalam kegunaan seharian. Kementerian juga boleh memikirkan kaedah untuk menggalakkan rakyat menaiki basikal ke kawasan-kawasan yang berdekatan atau pada hari-hari tertentu.

Ketiga, Pemuda PAS Wilayah menekankan aspek kebersihan sekitar Kuala Lumpur. Amat tidak wajar sekiranya Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai kawasan pelancongan negara dan bandaraya kebudayaan Islam dengan suasana sampah dan vandalisme yang agak kritikal. Kementerian harus meninjau suasana ini di kawasan-kawasan perumahan yang padat dan berkelompok. Jika perkara ini tidak diberikan perhatian, maka taraf dan kemegahan Kuala Lumpur boleh dipertikaikan.

Keempat, Pemuda PAS Wilayah mengharapkan agar pihak kementerian memberikan subsidi dan bantuan yang sewajarnya kepada golongan miskin bandar di negeri ini. Pendapatan isi rumah sebanyak RM 1,250.00 sebulan tidak menjamin keselesaan hidup di Kuala Lumpur. Kos pembayaran semula perumahan atau sewa rumah yang tinggi, harga petrol yang meningkat disamping kos sara hidup seharian yang tinggi sering kali membebani isi rumah. Ini tidak termasuk ibu bapa yang bekerja terpaksa mengurangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak dan akhirnya akan melonggarkan institusi keluarga itu sendiri.

Oleh yang demikian, Pemuda PAS Wilayah berharap agar pihak kementerian dapat menampilkan imej berkebajikan terhadap rakyat dengan ruang lingkup kuasa dan peruntukan yang ada bagi menjamin kualiti hidup masyarakat Kuala Lumpur. Meskipun hidup di bandaraya yang mewah seperti ini, ia tidak bermakna masyarakat negeri ini memperolehi pendapatan perkapita yang tinggi dan mewah.

Pemuda PAS Wilayah berharap dengan gesaan ini, pihak kementerian dapat memberikan kerjasama yang baik dengan semua pihak termasuk ahli-ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur agar nasib rakyat tidak disisihkan. Pihak kami akan menyokong sebarang usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian selagimana ia memberikan keuntungan kepada agama, rakyat dan negara.

Disediakan oleh,

MOHAMAD SUHAIMI ABDUL AZIZ

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Oktober 2009
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: