Bawa isu undi pos ke peringkat antarabangsa

1

Oktober 21, 2009 oleh ruslyislam


Malaysiakini

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bercadang untuk memanjangkan isu undi pos dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ke peringkat antarabangsa sekiranya aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini, tidak mendatangkan sebarang hasil.

Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan berkata untuk tujuan itu, mereka akan mengambil contoh seperti yang dilakukan oleh pembangkang Afghanistan, yang telah berjaya membatal keputusan pilihan raya negara itu, yang melibatkan lebih sejuta undi.

“Kemungkinan besar juga kita akan bawa ke peringkat antarabangsa seperti langkah yang diambil oleh lawan kepada (presiden) Hamid Karzai di Afghanistan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang menyerahkan aduan mereka kepada Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Siva Subramaniam di pejabatnya pagi ini.

Dalam aduan tersebut mereka telah menyenaraikan sembilan kesalahan yang mencabul hak asasi sewaktu pengendalian pengundian pos dalam plihanraya kecil DUN tersebut, 11 Oktober lalu.

Membentangkan aduannya bagi menuntut sebuah siasatan awam dijalankan untuk menyiasat dakwaan tersebut, Suhaizan mendakwa terdapat ketidaktelusan dan keraguan dalam proses penyerahan kertas undi, perbezaan susunan dalam daftar undi pos dan nama pengundi pos yang ditetapkan di dua kawasan pengundian berbeza.

Suhaizan juga berkata, kegagalan PAS mendapat sebarang undi di saluran 14, 15 dan 16 yang melibatkan hampir 900 pengundi dalam pilihan raya di DUN itu, adalah tidak munasabah.

“Persoalannya mengapa PAS dapat kosong (undi) dan BN dapat 881? Apakah munasabah anggota tentera yang dalam proses pencen tidak langsung mengundi PAS?” katanya, mendakwa golongan tersebut biasanya lebih kritis kepada kerajaan.

Beliau yang mengetuai jawatankuasa undi pos dewan itu juga mendakwa, terdapat pasangan suami isteri yang diberikan kertas undi pos berdekatan sebuah pasar mini dekat Teluk Kemang pada jam 7.30 petang.

“Jika inilah cara penyerahan sampul keutamaan, maka kaedah ini sangat mudah dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kaedah ini sangat mencurigakan,” katanya.

Sementara itu, Siva berkata, beliau akan memanjangkan aduan Pemuda PAS itu kepada Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman dan barisan pesuruhjaya sebelum membuat keputusan sama ada perlunya diadakan siasatan awam tersebut.

Katanya, Suhakam sendiri telah banyak kali menerima aduan mengenai dakwaan penyalahgunaan undi pos.

Sehubungan itu, katanya, Suhakam telah menggariskan beberapa cadangan bagi penambahbaikan sistem itu.

Antaranya, kata Siva lagi, ialah menghadkan undi pos hanya untuk anggota pasukan keselamatan yang menjalankan “tugas aktif” – dalam peperangan, menjaga sempadan dan menjadi diplomat.

DUN Bagan Pinang mempunyai jumlah pengundi pos yang ramai iaitu 4,611 daripada keseluruhan 13,664 pengundi di situ.

Pengundi pos itu terdiri daripada 4,571 anggota tentera dan 31 lagi anggota polis dan awam.

Advertisements

One thought on “Bawa isu undi pos ke peringkat antarabangsa

  1. Bekas KTM berkata:

    Bukan undi POS sahaja…DAKWAT JARI seperti di Bangla Desh, India dan Indonesia perlu DIWAJIBKAN ….ulamak Umno dah kata dakwat tu boleh dan sah air wuduk…boleh dibawa solat …TAPI di batalkan dengan mengejut oleh TUN ABDULLAH di saat akhir PRU2008..JADI dari segi pilhanraya Malaysia LEBIH MUNDUR dari Bangla Desh…dari segi RASUAH lebih MAJU dari Indonesia…YAAA HOOOO…BN Umngok bersorak..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Oktober 2009
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: