‘Saya bebas tetapi cenderung sokong Umno’ – Ibrahim Ali

1

Oktober 21, 2009 oleh ruslyislam


Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 21 Okt : Sungguhpun merasakan tidak ada keperluan untuk menghantar borang menyertai Umno, Datuk Ibrahim Ali mengakui walaupun sebagai Ahli Parlimen bebas namun beliau cenderung untuk menyokong Umno.

Dakwanya, ini kerana Umno semakin terbuka dan kukuh di bawah pemerintahan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sekaligus berjaya membawa banyak perubahan.

Sambil menyambut baik kenyataan Muhyiddin berhubung menerima sesiapa sahaja menyertai parti itu, beliau menyatakan tidak akan masuk parti itu buat masa ini.

“Saya tidak mahu dituduh masuk sewaktu Umno kini kuat dan dituduh ada kepentingan peribadi ataupun kejar pangkat kuasa.

“Buat masa ini tidak ada keperluan untuk saya hantar borang menyertai Umno,” katanya sewaktu sidang media di Lobi Parlimen tengah hari tadi.

Ditanya tentang kedudukan dan sebab-sebab beliau bertanding dengan bantuan sokongan PAS pada pilihan raya umum ke -12 di Parlimen Pasir Mas itu, beliau menyatakan bahawa parti itu memerlukan ‘pertolongannya’ ketika berada dalam keadaan lemah.

“Barangkali ketika itu PAS merasakan partinya lemah, jadi mereka menghulurkan tangan kepada saya untuk meminta bantuan,” katanya yang turut membidas parti yang pernah ‘menolong’ beliau itu sebagai ‘tidak mahu menerima’ pendapat orang lain.

Baginya, beliau merupakan seorang yang sudah lama berjuang dalam bidang politik dan tidak tunduk kepada mana-mana pihak ataupun boleh diperalatkan oleh sesiapa untuk kepentingan tertentu.

“Saya boleh hidup di padang pasir, saya boleh hidup di kaki gunung kerana saya orang yang berjuang…” katanya yang berulang kali memuji Najib dan Muhyidin yang pada pandangannya terlah berjaya mengubah perjuangan Umno.

Beliau mengadakan sidang media itu untuk menyatakan pendiriannya berhubung pelbagai spekulasi tentang kermasukannya ke dalam Umno semula.

Sebelum ini Pergerakan Pemuda Umno Kelantan meminta Majlis Tertinggi (MT) parti itu membuat penilaian terperinci sebelum menerima semula kemasukan bekas Ketua Umno bahagian Pasir Mas bagi mengelak “pisang berbuat dua kali”.

Setiausaha Pemuda Negeri, Bazlan Baharuddin dilaporkan berkata apa yang dialami oleh parti sebelum ini cukup menyedarkan apabila Anggota Parlimen Pasir Mas itu sanggup menentang calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil 2005.

“Dia sanggup tentang BN, kerana tidak terpilih (dicalonkan), pilihan raya kecil lepas sekali lagi dia tentang calon BN menggunakan lambang PAS,” katanya yang dipetik daripada agensi berita.

Sementara itu, turut mengulas ialah Dewan Pemuda PAS Kelantan yang tidak akan menghalang Ibrahim Ali untuk menyertai semula Umno kerana menyedari pemimpin berkenaan tidak berprinsip.

Ketuanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, berkata sekiranya anggota Parlimen itu berprinsip, beliau akan melepaskan jawatan terlebih dahulu sebelum menyertai Umno.

“Anggota Parlimen itu kini sudah tidak bernilai lagi kepada kita berikutan tindakan yang tidak berprinsip serta tidak bertanggungjawab kepada kita selepas pihak parti memberi kepercayaan kepadanya,”ujarnya lagi.

Advertisements

One thought on “‘Saya bebas tetapi cenderung sokong Umno’ – Ibrahim Ali

  1. berahim…berahim…kenapa begini jadinya.

    ambo suka mu…tapi now…ambo pelik laa….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Oktober 2009
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: