KENYATAAN MEDIA : Pemuda Wilayah menyokong seminar khas

1

Oktober 29, 2009 oleh ruslyislam


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengalu-alukan keputusan PAS Pusat untuk  mengadakan satu seminar khas bagi menggantikan Muktamar Khas seperti yang disarankan oleh YAB Tuan guru Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagi DPPWP, keputusan itu sangat tepat memandangkan isu serta permasalahan politik semasa wajar dibincangkan bersama dengan ahli-ahli seluruh peringkat agar tindakan yang diambil secara kolektif atau syura dapat melegakan semua pihak. Tidak timbul selepas ini, kata belakang oleh ahli akibat dari sikap tidak puas hati pada sesuatu perkara tertentu. DPPWP mengharapkan agar semua ahli PAS dapat menjadikan ruang seminar ini sebagai medan untuk bermuhasabah dan tidak menjadikan media sebagai tempat melepaskan kemarahan mereka.

DPPWP turut mengalu-alukan keputusan untuk menyiasat dakwaan terhadap PAS Selangor. Lembaga Disiplin PAS yang diterajui oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man sudah tentu mampu menyelesaikan segala dakwaan yang timbul. DPPWP berharap PAS mampu menjadi contoh terbaik dari sudut ketelusan dan keterbukaan menerima kritikan serta mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Akhir sekali, DPPWP mengharapkan semoga kepemimpinan PAS mampu memperkukuhkan kembali saf perjuangan serta mampu mengemudi Parti Islam Se Malaysia lebih jauh ke hadapan.

Disediakan oleh

MOHAMAD SUHAIMI ABDUL AZIZ

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

One thought on “KENYATAAN MEDIA : Pemuda Wilayah menyokong seminar khas

  1. shafifah berkata:

    Ceramah dan Ratib al Attas
    Ceramah dan Ratib al Attas

    Time: October 31, 2009 from 7pm to 10pm
    Location: Masjid UKM
    Street: Jalan Utama
    City/Town: Bangi, Selangor Darul Ehsan
    Organized By: AJK Masjid UKM & Persatuan Keluarga Jamalullail Perak Malaysia

    Event Description
    Assalamualaikum,
    Tuan/Puan adalah dijemput menghadiri Majlis Ceramah dan mengenal Ratib Al-Attas yang akan disampaikan oleh Penceramah Jemputan Habib Hassan bin Muhammad bin Salem Al-Attas (Imam Besar Masjid Ba’alawee S’pore)
    http://assadah.ning.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Oktober 2009
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: