Speaker boleh cabar SPR isu Kota Siputeh kosong

1

Oktober 31, 2009 oleh HermanSamsudeen


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran kepada Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai ADUN Kota Siputeh.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan permohonan semakan kehakiman itu tidak bercanggah dan terdapat isu serius yang perlu dibicarakan.

Beliau juga memerintahkan Dr Abdul Isa, yang hadir di mahkamah dan diwakili peguam Sulaiman Abdullah, memfailkan permohonan itu dalam tempoh tiga hari bagi membolehkan kes didengar sebelum 17 Nov.

Terdahulu, Sulaiman meminta mahkamah mendengar permohonan itu sebelum sidang DUN akan datang, dijadualkan selama tiga hari bermula 17 Nov.

Sulaiman, dalam hujahnya hari ini, berkata Abu Hassan telah gagal menghadiri dua persidangan DUN Kedah secara berturut-turut pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini.

“Perkara 51, Perlembagaan Negeri Kedah menetapkan jika mana-mana ADUN tidak menghadiri persidangan dewan tanpa kebenaran speaker bagi dua mesyuarat berturut-turut, kerusinya akan menjadi kosong.

“Prima facie, mengikut Perkara 51 dalam kes ini adalah memuaskan,” katanya.

Dr Abdul Isa memfailkan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) pada 1 Okt, menamakan Abu Hassan dari BN dan SPR sebagai responden.

Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi Kota Siputeh ekoran kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.

Pada 1 Sept, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih wakil rakyatnya.

Kes itu akan disebut semula pada 6 Nov.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili SPR manakala Dr Abu Hassan tidak diwakili. BERNAMA

Advertisements

One thought on “Speaker boleh cabar SPR isu Kota Siputeh kosong

  1. Rakyat Berdaulat berkata:

    Sekarang BN Umngok dah tak ada masa lagi untuk hadapi PRU13..jadi sekarang cara PALING MUDAH ialah PUJUK bagi TAWARAN ISTIMEWA kalau tak mahu..GERTAK UGUT TANGKAP JEL..itulah berlaku kepada Dr Asri…Pensyarah Universiti yang menyelia pelajat Phd dan Master pun BN Umngok kata sesat juga…HAI sapa yang sesat ni…
    Inilah saat UJIAN yang Allah kata itu…adakah kamu akan dibiarkan sahaja mengaku BERIMAN tanpa KAMU DIUJI…
    Ambil iktibar…budak kecil yang sanggup di panah oleh RAJA ZALIM..dengan syarat sebelum memanah RAJA kena baca nama ALLAH..Suroh Al Buruj..bagi budak itu…dirinya TAK PENTING…dia mati tak apa.. asalkan orang ramai akan BERIMAN..
    Jadi Ahli biasa dan pemimpin PAS…tepoklah dada tanya IMAN…nak pilih yang mana…bukan senang nak perjuangkan ISLAM ooooiiii…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Oktober 2009
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: