Jangan terperangkap! serang ‘sahabat satu jemaah’ lebih hebat dari serang musuh

4

November 5, 2009 oleh HermanSamsudeen


Oleh Nazri Abdullah

ImageKUALA LUMPUR, 5 Nov: Seluruh petugas PAS diingatkan jangan terperangkap dengan ‘agenda musuh’ sehingga mencetuskan polimik sesama sendiri dan lupa fokus paling utama untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sama ada sedar mahupun tidak, PAS katanya sedikit demi sedikit telah masuk ke perangkap musuh apabila menyerang ‘sahabat dalam satu jemaah’ lebih hebat dari menyerang musuh sebenar.

Selain merugikan jemaah, membuang masa, tenaga dan wang ringgit, tindakan itu juga seperti menghulurkan peluru kepada musuh untuk menyerang PAS itu sendiri.

“Jangan masuk perangkap musuh yang sengaja menimbulkan perpecahan di kalangan kita. Di mana ukhuwah jamaah, sehingga kita menyerang sahabat dalam satu jamaah lebih hebat dari kita meyerang ‘musuh’ kita sebenar.

“Apakah sudah hilang ukhuwah jamaah, sudah hilang rasa sayang pada saudara sesama jamaah, sehingga kita sanggup memberikan peluru kepada musuh untuk menyerang sahabat kita,” tulis dalam blognya http://tuanibrahim.blogspot.com.

Beliau yang juga pengerusi Lembaga Disiplin PAS berkata, Petugas PAS perlu sedar bahawa Umno sudah menukar strategi mereka setelah melihat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin meningkat sejak PRU ke-12 dan tujuh pilihanraya kecil berikutnya.

Umno kini katanya menggunakan strategi menimbulkan pergolakan dalaman parti parti dalam PR sehingga timbul pelbagai pandangan dalaman yang berbeza yang mampu menggawatkan parti masing masing.

Strategi itu katanya dilihat berjaya apabila disokong sepenuhnya media arus perdana dan media baru yang mengalihkan perhatian masyarakat dengan menumpukan kepada krisis dalaman PR.

“Kaedah mengalih perhatian diguna sepenuhnya oleh media perdana dan media baru sehingga kini dilihat berjaya.

“Pengalihan pandangan dan pemerhatian ini menyebabkan seluruh pemerhatian tertumpu kepada soal krisis yang diciptakan menyebabkan terlalu banyak masa, tenaga dan fikiran tertumpu kepada perkara yang tidak sepatutnya dihabiskan,” tulisnya lagi.

Namun katanya, keadaan masih belum terlewat untuk petugas PAS kembali kepada fokus sebenar iaitu merancang straregi menang PRU ke-13.

“Jangan kita terperangkap dengan agenda musuh agar kita menghabiskan masa kepada perkara yang bukan menjadi tugas kita.

“Dengan kata lain jangan anda habis masa, tenaga dan wang ringgit memikirkan masalah yang sebenarnya bukan masalah,” tegasnya.

Keadaan yang berlaku pada PAS kini turut dianalogikan dengan kisah ‘enam pelabur’ bercadang menternak kambing.

Biarpun projek mereka belum berjalan namun masing-masing sudah bergaduh memikirkan pembahagian keuntungan.

Sehingga salah seorang dari mereka dilaporkan berkata:

“Kita nak bahagi keuntungan, tapi di mana kambingnya. Kambing pun tak ada lagi, dah bincang untung rugi”. ceritanya dipetik.

“Barulah mereka sedar rupanya mereka bincang perkara yang tak ada. Menghabiskan masa, tenaga dan memeningkan kepala saja,” katanya.

Advertisements

4 thoughts on “Jangan terperangkap! serang ‘sahabat satu jemaah’ lebih hebat dari serang musuh

  1. Rakyat Berdaulat berkata:

    Aku setuju sangat…dalam tentera ada kata laluan..nak kenal musuh atau kawan…jadi ahli PAS dan pemimpin PAS…kena ada ilmu dan kemahiran…mengenal nasihat rakan dengan serangan perangkap MUSUH…

    Kalau ada kata laluan dan kemahiran…mengenalpasti perangkap…ayuh kita serang TAPI ada strategik…dan ada serangan maut..atau serangan perangkap…ahli mesti dilatih SEGERA…takbiiiir.Allahu Akbar…

  2. ummuabbas berkata:

    Menyokong cadangan di atas, bloggers PAS sewajarnya mendaftarkan diri beramai-ramai ke Konvensyen Bloggers PAS yang akan diadakan.

  3. ibnu solah berkata:

    El-Azhar ex Student El-Zagaziqi
    .Assalamualaikum
    Kepada bloggers muda yang menghina Tuan Guru diharapkan berhati-hati mengeluarkan kenyataan kerana sikap anda yang tidak faham tentang masalah dalaman parti dan anda nampaknya bukannya orang yang rajin datang usrah parti tidak adil sungguh menghina saf kepimpinan.Di dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim ada diceritakan bagaimana Saidina Umar Al-Khattab serta golongan para sahabat yang tidak berpuas hati terhadap Rasulullah saw kerana tindakan baginda saw yang menerima syarat-syarat yang berat sebelah di dalam perjanjian Hudaibiyah yg berlangsung antara Nabi saw mewakili Umat Islam dan Suahail b. Amru mewakili orang Kafir Quraisy Dan diantara syarat yang dirasakan berat sebelah tetapi diterima oleh Nabi saw ialah iaitu baginda dan orang Islam tidak boleh masuk ke Mekah pada tahun itu dan mesti pulang ke Madinah..sedangkan umat Islam sudahpun bersedia untuk mengerjakan umrah.Menurut Syeikh Maulana Syed Abul Hassan Ali An Nadawi di dalam kitab sirahnya siratun wa toriqul hayatun Nabi menyatakan bahawa Saidina Umar Al Khattab cukup marah dengan tindakan Nabi saw menerima syarat-syarat yang diberikan oleh Kaum Kafir Quraisy dengan menganggap perbuatan Nabi itu berlawanan dengan sifat kenabian baginda dan mimipi baginda saw bahawa umat Islam akan bertawaf dan bercukur di hadapan Kaabah,Umar merasakan perjanjian itu adalah berat sebelah dan menguntungkan puak Kafir Quraisy…kalau orang kita sekarang ni kata “Lemah” la…Tetapi nabi saw tidak marah langsung pada Umar…malah Nabi saw hanya memberikan jawapan yang Saidina Umar sendiri tidak berpuas hati dengannya …Sabda Baginda saw “Saya adalah utusan Allah,Saya tidak akan menderhakai Allah dan Dia Pasti akan menolong saya”Lalu saidina Umar Al-Khattab pergi bertemu dengan Saidina Abu bakar As-Siddiq dan melampiaskan kemarahannya dengan keputusn Nabi saw…Lalu Saidina Abu Bakar pun menjawab:”Wahai manusia ,Sesungguhnya baginda adalah utusan Allah yang sebenarnya,Oleh itu berilah sokongan kepada baginda kerana baginda tidak akan menderhakai tuhannya dan tuhan akan menolongnya.Oleh itu berpeganglah teguh akan perintah baginda,Demi Allah Sesungguhnya baginda adalah berada di atas jalan kebenaran.

    Wahai blogger yang budiman dan beriman..sekelian..cerita di atas telah dibincangkan oleh para ulamak sebagai fitrah sesuatu jamaah Islam itu tidak akan terlepas dilanda konflik dan masalah…itulah perjuangan..Adakah kita berani mengatakan persetujuan Nabi saw yang tunduk kepada syarat yang diberikan oleh orang Kafir Quraisy sebagai “lemah” “pengecut”…tak mahu berubah??Nauzubillah…!!!! dan apakah tindakan Saidina Umar memprotes Nabi saw itu dianggap derhaka…biadap…?semua itu adalah proses biasa di dalam jamaah..cumanya Saidina Umar Al-Khattab menggunakan saluran yang betul bertemu dengan Nabi saw dan bertanyakan masalah dan cerita yang sebenar…dan tidak menghentam Nabi saw di pasar mekah atau madinah..!!!Apabila tidak berpuas hati dengan jawapan Nabi saw beliau bertemu pula dengan Saidina Abu Bakar yang merupakan exco kanan Nabi saw…dan adakan perbincangan….maka sebagai exco kanan Nabi saw Saidina Abu Bakar meminta Saidina Umar agar terus menyokong kepimpinan Nabi saw.Apakah perbuatan Saidina Abu Bakar As-Siddiq itu salah?…jumud…taat membabi buta???Itulah etika kepimpinan apa sahaja keputusan yang dibuat adalah keputusan yang berlandaskan syariat dan kehendak Allah dan kita sebagai ahli dan penyokong perlu memberikan sokongan bukan menghentam hingga menimbulkan fitnah…itu perbuatan orang-orang Munafik.Jumhur ulamak pakar Sejarah menceritakan bahawa seramai lebih kurang 1,400 orang Muslimin seolah-olah bertindak memboikot Nabi saw dengan tidak mematuhi arahan Nabi saw untuk tidak menamatkan umrah dengan bercukur dan menyembelih binatang .Nabi saw merasa amat sedih dan berdukacita..dengan sikap umat Islam ketika itu…dan ketika itulah isteri Nabi saw Ummu Salamah memberikan idea yang bernas iaitu menyuruh Nabi saw memulakan dahulu perbuatan mencukur rambut dan menyembelih binatang…barulah umat Islam berebut-berebut mencontohi Nabi saw…dan masalah yang timbul dan fitnah yang melanda berakhir…Wahai blogger yang beriman menurut seorang ulamak sejarah Islam…peristiwa ini berlaku kepada Nabi saw adalah untuk menguji Nabi saw sebagai seorang Rasul dan manusia biasa bahawa tidak akan ada suatu kumpulan atau jamaah atau parti yang tidak dilanda masalah dalaman.Tindakan Nabi saw menerima syarat orang kafir Quraisy tidak boleh kita anggap sebagai tidak cerdik atau lemah…tetapi ianya merupakan “siasah Syariah” kebijaksanaan Nabi saw sendiri.Kalaulah nabi saw dinilai dari zahir perbuatannya maka zaman ini sudah tentu ramai blogger yang menghentam Nabi saw.

    Wahai Blogger yang dikasihi…menurut para ulamak lagi siasah syariah yang dimaksudkan di sini ialah Nabi saw menerima syarat yang dianggap berat sebelah oleh sesetengah manusia dari golongan para sahabat adalah semata-mata untuk mengelakkan peperangan yang tidak sepatutnya berlaku dan jika berllaku ianya akan merugikan pihak Islam itu sendiri.Cerdiknya Nabi saw sebagai pemimpin tidak dapat dibaca oleh sesetengah sahabat kerana sebagai manusia kita memang dijadikan oleh Allah suka kepada berselisih pendapat..itulah demokrasi kebebasan pemikiran ..tetapi ingat..jangan sampai menghina…menjatuhkan maruah…mencaci maki kepimpinan…Ulamak hadis juga menyatakan perbuatan Nabi saw itu merupakan kebijaksanaan politik iaitu jika kita menentang dan melawan bukan pada masa tempatnya yang sesuai maka ianya akan merugikan umat Islam itu sendiri.Samalah macam masalah dalaman yang sengaja ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu jika kita melawan dan layan seolah-olah fitnah yang melanda itu benar…Dr Hassan Ali juga manusia seumpama Saidina Umar hanya melontarkan pandangan..begitu juga dengan saf kepimpinan yang lain semuanya manusia biasa dengan parti yang dipimpin manusia juga dengan presiden manusia juga..segala tindakan kita adalah tindakan manusia yang mesti kembali merujuk kepada perlembagaan utama iaitulah Al-quran dan Sunnah baginda..bukan merujuk kepada hawa nafsu bila berkata-kata.
    Kepada blogger-blogger budiman dan beriman…marilah kita kembali menjernihkan yang keruh biarkan saf kepimpinan yang membuat keputusan kerana kita berada di dalam satu jamaah.bagi yang berada di luar jamaah sana ingat pesan Imam Hassan Al-Banna…”Wahai saudaraku kami tidak memaksa anda untuk terlibat dengan kami secara langsung tetapi kami hanya meminta sokongan anda dan sumbangan anda mengikut kemampuan anda dan siapa sahaja anda ke arah mendaulatkan Islam.”Fikirkanlah……!!!

  4. khairulrijal berkata:

    Perkara ini benar-benar berlaku dan seolah-olah menjadi “trend” baru. Pak Lah jatuh juga atas sumbangan bloggernya sendiri. Kita?

    Khairulrijal menyokong penuh tindakan pemuda wilayah membuat Konvensyen blogger PAS 2009. Ia suatu langkah yang baik dan wajar.

    https://khairulrijal.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

November 2009
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: