KES LINGAM : BUKTI SIKAP “DOUBLE-STANDARD” SPRM

1

November 16, 2009 oleh HermanSamsudeen


KENYATAAN MEDIA DPPWP

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berasa kecewa dan kesal dengan keputusan Kerajaan untuk tidak mendakwa peguam VK Lingam dan menutup terus kes tersebut atas alasan kekurangan bukti dan ketiadaan saksi utama. Keputusan ini amat mengecewakan kerana Suruhanjaya Siasatan Diraja telah pun mengesahkan bahawa peguam tersebut terlibat secara langsung dalam mempengaruhi perlantikan hakim-hakim mahkamah tertinggi negara.

Suruhanjaya tersebut turut mengesyorkan supaya siasatan juga dilakukan terhadap beberapa orang lain yang terlibat sama dalam skandal kehakiman ini termasuklah bekas Perdana Menteri Tun Mahathir, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin, Tun Ahmad Fairuz, Tan Sri Vincent Tan dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga merupakan Ahli Parlimen Putrajaya.

Alasan yang dberikan oleh SPRM untuk tidak mendakwa Lingam kerana tidak dapat menghubungi saksi utama, amatlah remeh dan langsung tidak munasabah. Malah, bekas setiausaha Lingam sendiri telah mengakui secara terbuka bahawa beliaulah yang menguruskan percutian Lingam bersama bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin bersama keluarganya di New Zealand pada tahun 1990 yang dibayar sepenuhnya oeh Lingam.

Begitu juga dengan pengesahan Suruhanjaya Siasatan Diraja bahawa klip video itu adalah tulen dan perbualan Lingam dengan bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz, yang bertujuan mengaturkan perlantikan hakim-hakim, memang benar-benar berlaku dan telahpun disahkan.

Bukankah keterangan ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan “prima-facie ” kes terhadap Lingam, dan dia sememangnya patut didakwa di mahkamah? Apakah benar tidak ada satu pun undang-undang yang boleh digunakan untuk mendakwanya sedangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja sendiri telah mencadangkan beberapa akta-akta tertentu yang boleh digunakan seperti Kanun Keseksaan, Akta Pencegahan Rasuah, Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan dan Akta Profesyen Guaman.

Jika sekalipun “ketiadaan saksi utama” dijadikan alasan, bagaimana pula dengan siasatan ataupun dakwaan terhadap nama-nama lain yang terlibat sama dalam skandal ini? PAS Wilayah Persekutuan sendiri telah membuat laporan polis di Putrajaya terhadap Datuk Seri Tengku Adnan berhubung dengan penglibatan langsung beliau dalam kes ini. Apakah SPRM juga gagal untuk menemui walau seorang pun saksi dalam siasatan terhadap orang-orang kenamaan tersebut? Jika siasatan ada dibuat, apakah hasil siasatan tersebut dan kenapa ia tidak didedahkan kepada umum?

Keputusan SPRM dalam isu Lingam ini jelas telah mencalarkan lagi imej dan kredibiliti SPRM di mata rakyat. Ia juga mengesahkan lagi persepsi negatif rakyat bahawa SPRM menjalankan pendakwaan terpilih (selective prosecution) dan bersikap “double-standard” yang keterlaluan.

Rakyat melihat bagaimana bersungguh dan efisyennya SPRM dalam menjalankan siasatan dan dakwaan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sehinggakan seorang saksi yang disiasat dalam satu kes yang “kecil” telah menemui ajal di bangunan SPRM Selangor. Begitu juga dengan kes Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas, dikatakan menerima hadiah berupa tajaan pakej haji turut mendapat perhatian serius SPRM walaupun sumber maklumat berkenaan hanya diperolehi dari tulisan dalam surat khabar.

Sedangkan dalam kes Linggam yang sebegini besar yang melibatkan integriti insitusi kehakiman negara dan melibatkan kepentingan rakyat terbanyak dan kepercayaan pelabur-pelabut asing, SPRM sekadar mengambil jalan mudah dan menutup kes atas alasan yang amat tidak munasabah.

Justeru itu, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyambut baik gesaan jawatankuasa Panel Penilai Operasi SPRM yang mahukan agar kes ini dibuka semula dan dijalankan pendakwaan yang sewajarnya dan seadilnya kepada mereka yang terlibat. Sekiranya SPRM terus mengambil sikap sambil lewa dalam kes yang melibatkan kepentingan awam ini, maka selagi itulah persepsi negatif yang tersemat pada pemikiran setiap rakyat Malaysia terhadap integriti dan kredibilti SPRM dalam menjalankan tanggungjawabnya “without fear and favour” akan terus kekal dan penghormatan rakyat terhadap badan ini akan terus terhakis sama sekali.

AHMAD ZAMRI BIN ASA’AD KHUZAIM
Pengerusi Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

One thought on “KES LINGAM : BUKTI SIKAP “DOUBLE-STANDARD” SPRM

  1. Rakyat Berdaulat berkata:

    SPRM ni umpama NELAYAN PANTAI yang menangkap IKAN BILIS…kalau dia pergi ke tengah LAUT…belum sempat tangkap IKAN PAUS…sampannya kena TELAN…tapi dia punya PENGERUSI berlagak lebih dari PARIA kat Keralla…

    Bila dapat tangkap IKAN BILIS…Pengerusi SPRM terlompat2 macam KERA jaan …punya suka…maka Utusan Meloya dan TVtiga suku pun pukul canang SEDUNIA…KERA2jaan betul2 nak hapuskan rasuah..jadi TG Nik Aziz pun disiasat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

November 2009
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: