Pemuda PAS Wilayah Kutuk Perampasan Tanah Palestin Oleh Israel

1

November 19, 2009 oleh HermanSamsudeen


Kenyataan Media DPPWP

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim Kerajaan Haram Israel yang nekad menjalankan operasi merampas tanah rakyat Palestin di wilayah Timur Baitulmaqdis semalam untuk mewujudkan penempatan haram yahudi.

Tindakan ini sekaligus membuktikan bahawa Israel menolak sebarang usaha atau pelan damai yang sedang dan telah dilakukan bersama Kerajaan Palestin.

DPPWP juga kesal kerana Presiden Amerika, Barrack Obama hanya mampu memberikan ‘amaran kecil’ terhadap tindakan Israel berhubung operasi perampasan ini. Reaksi Amerika ini dengan reaksi yang ditunjukan semasa penaklukan Iraq ke atas wilayah utara Kuwait pada awal tahun 90-an dahulu. Pada waktu itu, Iraq diserang bertalu-talu dengan peluru berpandu Patriot yang mengorbankan ramai nyawa rakyat Iraq. Amerika dengan bangganya melancarkan perang bagi membela Kuwait yang juga negara pembekal minyak utama mereka.

Kezaliman Israel ini bukan baru, namun usaha merampas tanah Palestin dan meluaskan wilayah haram Yahudi ini wajar dihentikan.

DPPWP menyeru agar pemimpin politik dinegara ini dan juga organisasi NGO bangkit membuat bantahan dan menghantar signal amaran yang lebih berat diperingkat organisasi negara Islam seperti OIC bagi menghentikan perampasan tanah ini.

Kita tidak boleh duduk diam dan melihat pendatang Yahudi terus menerus menindas umat Palestin yang kini bukan sahaja disekat kehidupan mereka, malah dirampas hak mereka begitu sahaja tanpa pembelaan yang serius dikalangan masyarakat dunia.

Adakah kita menunggu lebih ramai nyawa dan harta benda rakyat Palestin terkorban baru kita ingin membuka mata. Sesungguhnya Israel tidak akan berhenti untuk memusuhi umat Palestine dan dunia Islam. Maka kita harus terus menerus menghalang mereka dari terus melakukan kezaliman walaupun Amerika sentiasa erat membela kezaliman tanpa batasan itu.

Semoga Allah hancurkan kesatuan Amerika dan Israel. Hancur Israel.!

Herman Samsudeen
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

One thought on “Pemuda PAS Wilayah Kutuk Perampasan Tanah Palestin Oleh Israel

  1. ams-jsj berkata:

    Teruskan usaha semacam ini, mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan dan juga kemenangan kepada kita semua, Amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

November 2009
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: