SERAPKAN PEKERJA KONTRAK DI JABATAN KERAJAAN SEBAGAI PEKERJA TETAP

7

November 19, 2009 oleh HermanSamsudeen


KENYATAAN MEDIA DPPWP

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menggesa kerajaan supaya menyerapkan lebih 60 ribu pekerja yang berstatus kontrak di negara ini secara tetap dalam jabatan kerajaan seperti mana yang disarankan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS).

60 ribu pekerja kontrak ini sedang mengisi perjawatan kosong sedia ada yang sepatutnya diisi dengan kakitangan tetap. DPPWP melihat bahawa ini adalah kerugian kerana kerajaan masih mengajikan kakitangan kontrak yang sepatutnya diserap masuk sebagai kakitangan tetap bagi memenuhi kekosongan perjawatan yang sedia ada.

Isu pekerja kontrak yang berkhidmat di jabatan kerajaan adalah isu besar yang perlu ditangani segera. Ini kerana seramai 60,000 pekerja ini mengalami nasib yang tidak menentu kerana status mereka yang tidak tetap.

Bagi kakitangan tetap pihak Kerajaan memberikan masa maksimum selama 5 tahun untuk mengesahkan jawatan mereka sedangkan bagi kakitangan kontrak peringkat pengurusan dan profesional gred 52 ke bawah serta kumpulan sokongan kontrak maksimum mereka adalah 5 tahun.

Jika pegawai kontrak ini berkebolehan sekalipun, kontrak mereka tetap akan ditamatkan selepas 5 tahun dan ini adalah satu kerugian besar bagi sumber tenaga utama Kerajaan.

Kerajaan boleh menyerapkan pekerja-pekerja kontrak ini ke dalam jabatan kerajaan secara berperingkat-peringkat setiap tahun dengan melihat kepada prestasi kerja mereka. DPPWP mencadangkan status pekerja kontrak diberikan maksimum 3 hingga 5 tahun untuk diserapkan sebagai pekerja tetap sekaligus memberikan mereka peluang untuk mendapat hak dan kelayakan sama seperti pekerja tetap lainnya seperti kenaikan gaji, elaun, pesaraan dan bonus tambahan serta kemudahan lainnya.

DPPWP juga mencadangkan sekiranya khidmat pekerja kontrak ini ditamatkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pekerja ini diberikan imbuhan yang selayaknya seperti Skim Pemisahan Sukarela (VSS) atau lain-lain imbuhan mengikut tempoh mereka bekerja.

Dengan cara ini, pekerja ini akan mendapat motivasi yang positif untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh serta kehidupan mereka akan lebih terjamin. Prestasi kerja akan bertambah dan ia mampu meningkatkan produktiviti negara. Nasib pekerja kontrak ini akan lebih terbela sekiranya kerajaan benar-benar melihat dan melaksanakan slogan “rakyat didahulukan, prestasi diutamakan”. Kerana setiap warga kakitangan kerajaan juga rakyat Malaysia dan mereka juga patut diutamakan sebagaimana slogan Perdana Menteri itu.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

7 thoughts on “SERAPKAN PEKERJA KONTRAK DI JABATAN KERAJAAN SEBAGAI PEKERJA TETAP

  1. nnikashadi berkata:

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
    Salam Sejahtera and Salam 1 Malaysia,

    SERAPKAN PEKERJA KONTRAK DI JABATAN KERAJAAN SEBAGAI PEKERJA TETAP

    adakah isu terbaru yg diwar-warkan oleh cuepacs di bawa ke Parlimen iaitu kemungkinan ramai penjawat yang tidak akan disambung kontrak @ tamat lebih awal kerana kekurangan peruntukan.

    mohon supaya usul masalh pekerja kontrak dibawa ke parlimen, kerana ia berkepentingan dan melibatkan lebih 60,000. termasuk skim singkat..

    mohon agar kontrak dibenarkan sehingga lima tahun dan apabila penilaian prestasi majikan menunjkkan prestasi melebihi 80%, layak untuk diserap ke jawatan tetap.

  2. masterhealth berkata:

    salam perjuangan…

    ana adalah salah seorang dari mereka yang bakal diberhentikan kontrak 31 Disember ini.

    apa yang merisaukan, kebanyakkan dari kami sudah bekerluaga,maka seandainya ditamatkan kontrak kami, sememangnya berlaku masalah untuk kami

  3. am berkata:

    tolonglah kami sebagai rakyat yang memerlukan sokongan kerajaan agar skim perkhidmatan singkat secara kontrak dapat ditukarkan kepada secara tetap.ini kerana skim sps ini terlalu menyusahkan kami. kami memerlukan jawatan yang tetap.

  4. mohamad zuhusmi bin muslah berkata:

    RAKYAT DIDAHULUKAN,PEKERJA DIBERHENTIKAN.maaf ye yang ni je yang saya dapat katakan……………..buat kerajaan renung renungkan…..???????????????

  5. rakyat didahulukan …. pekerja diberhenikan beramai2 …… ini slogan terbaru ke mojamad zuhusmi……. dah berbuih mulut dan dah berjuta kali memohon agar semua pekerja kontrak dan sambilan diserapkan tetapi ibarat anjing menyalak bukit…. sermua majikan dalam perkhidmatan kontrak dan sambilan tidak mahu mengaku yang pekerja kontrak dan sambilan adalah pekerja dan sumber tenaga dalam menjayakan misi mereka…. cuma yang diakui ialah semasa pilihanraya sahaja dan selepas itu nasib kamulah …. fikirkanlah pekerja kontrak dan sambilan ni manusia ….. mereka juga perlukan makanan dan sebagainya …. jika dah ditamatlan dan sukar mencari kerja …. kan ke aniaya mereka sahaja…..fikirkanlah supaya menjadi kerajaan bertimbangrasa dan menghargai rakyat…..??????

  6. wt berkata:

    Saya sgt setuju dgn cadangan pekerja kontrak pdk….pekerja2 kontrak ni pon manusia juga yg ada tanggungan pada keluarga. Bahkan berwarganegara “MALAYSIA” Lagi. Sedangkan Warga ASING contoh “INDONESIA” dtg ke Malaysia SENANG2 je dapat taraf PENDUDUK TETAP malah ada yang WARGANEGARA….Harap fikir2 kan….nasib pekerja kontrak….sedangkan berkhidmat dgn kerajaan utk rakyat lebih dlm 10 thn…tak kan nasib pekerja kontarak yang mmg WARGANEGARA X BOLEH DISERAPKAN…..Tolong lah nasib pekerja2 kontrak ini…..

  7. nasa berkata:

    Saya berdoa dan berharap Allah swt mengabulkan doa-doa pekerja-pekerja kontrak agar dapat diberi peluang untuk menjawat jawatan tetap. Semoga mereka pihak bertanggungjawab yang berhati mulia dan suci murni memandang perkara ini suatu yang serius. Ini kerana pekerja kontrak juga manusia, ada perasaan, ada keluarga, ada tanggungjawab… Adalah kurang keperihatinan sekiranya pekerja kontrak hanya dipandang sebagai alat yang digunakan untuk menyelesaikan kerja-kerja tambahan dan tertunggak dan akan diberhentikan jika tidak diperlukan…. Sangat-sangat menyedihkan apabila ketidakadilan ini terus dibiarkan walaupun terdapat suara-suara rakyat merayu agar isu ini diambil perhatian….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

November 2009
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: