KENYATAAN MEDIA PEMUDA WILAYAH (2 DISEMBER 2009)

Tinggalkan komen

Disember 2, 2009 oleh pemudawilayah


KERAJAAN PUSAT LANGGAR PRINSIP ‘KEDAULATAN UNDANG-UNDANG’
DALAM ISU ROYALTI  MINYAK KELANTAN
PAS Wilayah Persekutuan menyokong penuh pendirian tegas Kerajaan Negeri Kelantan yang tetap membuat tuntutan royalti minyak dan tidak menerima wang ehsan seperti yang diputuskan oleh Kerajaan Pusat. Malah, sekiranya Kerajaan Pusat tetap berdegil untuk memberikan wang ehsan dan bukannya royalti, Kerajaan Negeri Kelantan berhak untuk membawa tindakan undang-undang di mahkamah terhadap Kerajaan Pusat berhubung perkara tersebut.
Tindakan ini memang mempunyai asas yang kukuh di sisi undang-undang kerana Akta Pembangunan Petroleum 1974 (Petroleum Development Act 1974) menyatakan dengan jelas bahawa Petronas yang diberikan hak untuk mengendali petroleum yang ditemui di daratan atau di pesisir mana-mana negeri di Malaysia, dikehendaki membayar lima peratus daripada nilai petroleum yang ditemui kepada negeri-negeri tersebut sebagai balasan kepada penyerahan hak tersebut. Bayaran itu pula hendaklah dibuat secara tunai dan tidak langsung disebut sebagai wang ehsan. Peruntukan undang-undang ini sangat jelas dan tidak memerlukan satu interpretasi undang-undang yang sukar. Perjanjian yang telah dimeterai ini harus dihormati oleh semua pihak termasuklah Kerajaan Pusat sendiri. Justeru itu, sikap angkuh Kerajaan Pusat yang membelakangkan  undang-undang yang diluluskan oleh mereka sendiri di Parlimen, jelas mencabul dan melanggar prinsip ‘Kedaulatan Undang-Undang’ seperti yang termaktub dalam prinsip keempat Rukunegara.
PAS Wilayah Persekutuan juga mempersoalkan peranan Peguam Negara sebagai penasihat undang-undang Kerajaan Pusat. Mengapa Peguam Negara tidak menasihati Kerajaan dengan betul dalam isu ini tetapi hanya membisu dalam isu yang melibatkan hak seluruh rakyat negeri Kelantan, sedangkan dalam isu-isu lain yang melibatkan kepentingan langsung Kerajaan Barisan Nasional seperti dalam isu Perlembagaan Perak, isu SPRM dan yang terbaru isu berkaitan SPR dalam kes DUN  Kota Seputih, Peguam Negara dilihat begitu efisyen dan bersemangat, sungguhpun Mahkamah Tinggi  telah membuat keputusan yang adil dan sewajarnya. Sikap yang jelas memihak ini benar-benar menjejaskan kredibiliti dan integriti insitusi Peguam Negara di mata rakyat. Akhirnya rakyat akan membuat kesimpulan mudah bahawa mana-mana undang-undang yang memihak kepada Kerajaan Pusat akan dipertahankan habis-habisan, sebaliknya undang-undang yang dilihat memihak kepada rakyat akan diambil sambil lewa dan dibelakangkan begitu sahaja.
Keputusan untuk memberikan wang ehsan dan bukannya royalti ini memperlihatkan kepada rakyat sikap diskriminasi jumud Kerajaan Pusat terhadap negeri yang ditadbir parti pembangkang. Terengganu pernah merasainya dulu semasa diperintah  kerajaan PAS dan kini Kelantan pula bakal menerima nasib yang sama. Mengapakah undang-undang yang sama iaitu Akta Pembangunan Petroleum 1974 perlu berbeza dari segi pentakrifannya mengikut negeri-negeri? Bukankah undang-undang ini bertaraf ‘persekutuan’ dan perlu ditakrif dan diimplimentasi secara standard kepada semua negeri atas doktrin “Federalism”?
Sebaliknya, apa yang  berlaku kini ialah negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional seperti Sabah, Sarawak dan sekarang Terengganu menikmati pembayaran royalti sebagaimana yang disebut dalam perjanjian  tetapi bagi negeri yang diperintah pembangkang, bayaran royalti yang dijamin dan diperuntukkan oleh undang-undang telah dimansuhkan dan  diganti dengan bayaran berbentuk wang ehsan yang bukanpun dibayar terus kepada kerajaan negeri tetapi kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Diskriminasi dan layan yang tidak adil ini bukan sahaja bercanggah dengan Akta tersebut, tetapi ia juga mencabuli Perkara 8 (3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa tidaklah boleh ada perbezaan bagi faedah seseorang hanya kerana  ia adalah rakyat bagi mana-mana negeri.
Tindakan Kerajaan Pusat ini merupakan satu rompakan besar hak rakyat di siang hari. Ia tidak mencerminkan langsung konsep 1Malaysia yang digembar-gemburkan iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Kerajaan harus sedar bahawa konsep 1Malaysia tersebut bukan hanya merujuk kepada tafsiran sempit perpaduan kaum ketika merayakan sesuatu perayaan, tetapi yang lebih penting ia merujuk kepada pengagihan kekayaan negara atau hasil bumi sesuatu negeri yang perlu diagihkan secara adil dan saksama kepada mereka yang benar-benar berhak dan layak menerimanya. Tindakan merampas hak rakyat Kelantan dalam isu royalti minyak ini jelas merupakan permainan politik sempit kepartian yang sangat primitif dan tidak lagi diamalkan dalam mana-mana negara demokrasi dunia yang bertamadun.
Rakyat melihat isu ini dalam kerangka yang luas, bukan hanya terhadap negeri Kelantan sahaja tetapi dalam konteks pengagihan kekayaan dan hasil bumi negara untuk manfaat dan kepentingan rakyat secara yang lebih menyeluruh dan bebas dari segala bentuk penyelewengan dan salahguna kuasa. Jika UMNO dan Barisan Nasional masih gagal memahami denyut nadi rakyat dalam isu ini, PAS  Wilayah Persekutuan yakin dan percaya bahawa mereka akan dihukum dengan lebih parah lagi oleh rakyat dalam PRU yang akan datang.
AHMAD ZAMRI BIN ASA’AD KHUZAIMI
Pengerusi Lajnah Guaman
PAS Wilayah Persekutuan
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: