KEPIMPINAN TOK GURU NIK AZIZ DI KELANTAN MASIH DIPERLUKAN. INI FAKTANYA!

Tinggalkan komen

Disember 4, 2009 oleh pemudawilayah


Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz

Fakta memang tidak boleh ditipu dan dinafikan. Rekalah apa juga cerita bagi menyedapkan halwa telinga, namun kenyataan tidak boleh dipesongkan. kehadiran puluhan ribu rakyat yang membanjiri Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan semalam bagi menyatakan sokongan kepada YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri besar Kelantan. Ia bercanggah sama sekali dengan jumlah kehadiran mereka yang membantah dan mendesak YAB Dato’ Nik Abdul Aziz meletak jawatan beberapa hari sebelumnya.

Yang pasti, Tok Guru tak meminta mereka hadir menyokongnya. Tidak ada upah atau elaun untuk hadir beramai-ramai menyokongnya. Yang datang menaiki bas, tidak pula tampil untuk ‘claim’ minyak dan nilai pengangkutan mereka. Semua hadir dengan ikhlas dan kesedaran bahawa YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz masih disayangi di Kelantan.

Yang datang pula pelbagai kaum. Ada India, ada Cina dan ada kaum Siam turut bersama. Rakyat Kelantan lebih mengenali pemimpin mereka. Mereka pula tidak menyokong membuta tuli melainkan melihat kepada akhlak dan perilaku seseorang pemimpin. YAB Tuan Guru Dato’ Nik Aziz adalah simbol kesederhanaan dan kerendahan jiwa seorang pemimpin, disamping mempunyai imej yang bersih dari rasuah dan penyelewengan.

Hari esok bagaimana pula peranan media negara milik UMNO-BN untuk memutar jumlah kehadiran penyokong ini. Jangan terkejut ribuan ini dikatakan berpuluh orang sahaja. Dan jangan terkejut nanti media memusing fakta menyatakan yang datang itu dianggap segelintir kecil dari sebahagian besar rakyat Kelantan lain yang menolak kepimpinan YAB Tuan Guru!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: