Ahmad Said Nafi Desakan Pihak Luar Punca Beliau Bersara Awal

Tinggalkan komen

Disember 5, 2009 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menafikan persaraan awal beliau daripada jawatan itu disebabkan oleh tekanan dan desakan orang luar atau parti politik.

Beliau berkata persaraannya itu atas sebab peribadi dan kehendaknya sendiri setelah sekian lama berkhidmat dalam suruhanjaya itu dan bukannya kerana orang lain.

“Saya letak jawatan bukan sebab tertekan atas desakan sesiapa atau parti politik tetapi atas sebab peribadi dan kehendak saya sendiri. Lagi pun saya dah lama berkhidmat dalam SPRM,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Said berkata persaraan awal beliau itu dibuat bagi memberi laluan kepada penggantinya dan untuk meluangkan masa bersama keluarga.

“Dah lama saya rancang nak bersara tetapi tunggu masa yang sesuai. Sebelum ini saya sibuk dengan kerja, jadi sekarang saya nak luangkan lebih masa dengan keluarga,” katanya yang telah berkhidmat hampir 34 tahun dalam suruhanjaya itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR), sejak 1975.

Semalam Ahmad Said mengemukakan notis kepada Pejabat Perdana Menteri untuk memendekkan tempoh perkhidmatannya dalam suruhanjaya itu sehingga 31 Dis ini sedangkan perkhidmatannya sepatutnya tamat pada 25 Mei tahun depan.

Bagi menggantikan tempatnya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Datuk Abu Kassim Mohamed akan dilantik ke jawatan itu berkuatkuasa 1 Jan tahun depan. BERNAMA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: