PM: Sulaiman berhasrat letak jawatan

1

Disember 5, 2009 oleh pemudawilayah


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, timbalan menteri pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib ada menyatakan hasratnya untuk meletak jawatan.

Katanya, beliau akan berbincang perkara itu dengan BN Sarawak terlebih dahulu.

“Nantilah dulu apa keputusannya,” kata Najib dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibunegara malam ini.

Ditanya mengenai sebabkan Sulaiman  mahu meletak jawatan, Najib berkata, ia adalah atas sebab-sebab peribadi.

Perdana menteri bagaimanapun enggan mengulas bila Sulaiman menyerahkan surat peletakan awatan itu kepadanya.

Sebelum ini, laporan Malaysian Insider yang memetik sumber-sumber berkata, anak ketua menteri Sarawak itu, telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Najib atas sebab kesihatan.

Bagaimanapun terdapat desas-desus sejak beberapa minggu lalu yang mendakwa Sulaiman mengambil keputusan meletak jawatan kerana tidak sehaluan dengan Menteri Pelancongan, Datuk Dr Ng Yen Yen.

Juga terdapat spekulasi yang mendakwa, ianya ada kaitan dengan pelantikan bekas ketua pegawai eksekutif MAS, Datuk Idris Jala sebagai menteri penuh.

Sebelum menyertai kerajaan, Sulaiman menerajui syarikat milik keluarganya, Cahaya Mata Sarawak Bhd (CMS).

Beliau juga merupakan bekas pengerusi RHB Capital – cawangan pembankan RHB, yang pernah dimilik oleh CMS.

Dalam pilihanraya umum lalu, Sulaiman menggantikan bapanya sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk bertanding di kerusi parlimen Samarahan dan kemudiannya terus dilantik sebagai timbalan menteri oleh perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Advertisements

One thought on “PM: Sulaiman berhasrat letak jawatan

  1. pak joko berkata:

    colan bn dr sarawak semua dpt pangkat timbalan.. kalau takda bn sarawak.. BN akan lingkup la jwpn nya.. PM bengong

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: