10 pesakit disah positif H1N1

Tinggalkan komen

Disember 7, 2009 oleh ruslyislam


Bernama


Seramai 10 pesakit disahkan positif virus influenza A (H1N1) daripada 234 pesakit yang mendapat rawatan di hospital sehingga semalam, tiga daripada mereka dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata daripada tiga yang dimasukkan ke ICU, dua daripadanya berada dalam kumpulan berisiko tinggi iaitu kanak-kanak berumur di bawah lima tahun.

“Daripada 234 kes yang dilaporkan, sebanyak 30 kes ILI (gejala serupa influenza) baru dikesan semalam. Sehingga hari ini juga tiada kematian dilaporkan.

“Jumlah terkumpul bagi jangkitan H1N1 di negara kita pula sehingga hari ini ialah 12,220 kes dengan 77 kematian dilaporkan,” katanya dalam sidang media selepas menutup Kem Kepimpinan Belia Mahasiswa Nasional ke-12 anjuran Biro Pendidikan Pemuda MCA di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Jugra, Banting di Kuala Langat petang semalam.

Liow berkata pihaknya telah mengarahkan setiap Jabatan Kesihatan Negeri mempertingkatkan pengawasan di peringkat akar umbi dalam usaha mengawal gelombang kedua H1N1 di negara ini.

“Pengawasan kita sehingga hari ini semua kes ILI tidak melebihi paras 10 peratus (paras berjaga-jaga).

“Ramai yang masuk hospital pasal selesema, kalau melebihi (10 peratus) maka ia akan jadi wabak, jadi kita akan pertingkatkan pengawasan dan rawatannya,” katanya.

Selain itu, Liow berkata masalah H1N1 di peringkat global masih meruncing, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan sebanyak 207 negara telah melaporkan kes H1N1 dengan sekurang-kurangnya 8,768 kematian.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 126 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: