Pemuda PAS beri sokongan kepada skuad bola sepak negara

Tinggalkan komen

Disember 7, 2009 oleh ruslyislam


Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memberikan sokongan penuh kepada pasukan bola sepak Malaysia yang akan berdepan pasukan Vietnam pada petang ini.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, meskipun Vietnam turun dengan rekod cemerlang merka pada 2007, namun beliau yakin skuad bola sepak negara mampu mengalahkan Vietnam seperti yang dilakukan pada temasya sukan SEA di Kuala Lumpur tahun 2001.

Ketika itu, skuad negara berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Vietnam pada aksi peringkat kumpulan.
Namun pada sukan SEA 2007 di Korat, Thailand, Vietnam mengalahkan Malaysia 3-1 pada saingan peringkat kumpulan.

“Kami harap Malaysia menang berbekalkan semangat dan kesungguhan mengangkat maruah negara.

“Kemenangan petang ini penting untuk melonjak reputasi pasukan negara dan sekaligus memperbaiki ranking negara di papan utama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).Selamat maju jaya,”katanya dalam satu kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas (sms) kepada Harakahdaily.

Malaysia akan menentang Vietnam pada aksi kedua kumpulan A pada jam 3 petang ini (4 petang waktu Malaysia) di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional, Vientiane, Laos.

Seterusnya Malaysia akan menentang Kemboja pada 8 Disember dan juara bertahan Thailand pada 11 Disember.
Pada aksi pembukaan acara bola sepak Sukan SEA XXV Malaysia membelasah Timor Leste 11-0.

Sukan SEA ke-25 di Laos akan membuka tirainya secara rasmi pada Rabu depan.

Kontinjen negara mensasarkan kutipan 30 hingga 35 pingat emas menerusi 21 acara sukan yang disertai.

Malaysia akan mengambil bahagian dalam acara akuatik (renang dan terjun), taekwondo, memanah, olahraga, badminton, snuker & billiard, tinju, berbasikal, bola sepak, golf, judo, karate, silat, petanque, sepak takraw, menembak, ping-pong, tenis, bola tampar, angkat berat dan wusyu.

Malaysia muncul juara keseluruhan pada temasya sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur dengan 111 pingat emas.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: