Tanah MAIWP untuk tapak masjid jatuh ke tangan Mah Sing Berhad?

1

Disember 7, 2009 oleh ruslyislam


Harakahdaily

Assalamualaikum wbt.

Saya ingin membuat aduan kepada Harakah Daily dapatlah kiranya bersama-sama kita mencegah kemungkaran yg berlaku didepan mata kita.

Merujuk kepada perkara yang diatas, adalah dimaklumkan bahawa tanah tersebut adalah merupakan tapak masjid, namun, memandangkan sebuah masjid lain telah didirikan di kawasan bersebelah iaitu Kem Wardieburn, Setapak. Maka, menjadikan tapak ini terbiar.

Tanah berharga ini menjadi rebutan ramai pihak. Arakian, tanah ini juga dijadikan sumber pendapatan sebahagian mereka yang berjawatan yang tidak mengira halal dan haram.

Sebagai rakyat Malaysia saya bukanlah anti pembangunan, akan tetapi sebagai seorang yang beragama Islam saya rasa amat kecewa kerana tanah wakaf ini dipercayai mungkin telah diselewengkan.

Macam mana sebidang tanah wakaf bertujuan kegunaan agama Islam, seluas 3 ekar di kawasan Kuala Lumpur yang bernilai jutaan ringgit ini boleh jatuh ditangan syarikat yang bukan Islam dan bertujuan komersial semata-mata???

Tiada elemen wakaf dan juga tiada elemen kebajikan.

Buta sangat ke pegawai-pegawai di MAIWP, PTGWP, KWPKB mahupun DBKL hingga tidak kenal Islam atau kafir, hingga sanggup menggadai maruah agama mahupun bangsa.

Pertanyaan mengenai tapak tersebut sebelum ini telah diberikan jawapan tapak hanya boleh dibangunkan berkonsepkan tanah wakaf.

Pada satu ketika, di tahun 2008, aktiviti pembangunan yang melibatkan land swap di Kuala Lumpur tidak lagi dibenarkan oleh UPE, JPM.

Perubahan-perubahan polisi yang tidak menentu ini adalah mengelirukan. Atau adakah perubahan polisi-polisi pembangunan berdasarkan kepentingan pihak-pihak yang mempunyai cable yang kuat sahaja? Seperti mana lazim.

Kini, tapak tersebut telah diluluskan untuk pembangunan rumah kedai oleh Mah Sing Berhad sebuah public listed company.

Pada mulanya saya ingin menulis surat kepada SPRM, tetapi setelah dinasihati oleh jiran saya (bekas pengarah BPR) maka Harakahlah tempat terbaik untuk saya mengadu.

Laporan -laporan seperti ini hanya akan memenuhkan KPI siasatan di SPRM namun tidak akan ada kesudahannya nanti. Maka Harakahlah tempat untuk saya mengadu dan untuk merungkai kekeliruan saya.

Sekian, wassalam

Yang benar,

Advertisements

One thought on “Tanah MAIWP untuk tapak masjid jatuh ke tangan Mah Sing Berhad?

  1. mansor abdullah berkata:

    assalamualaikum,
    kes ini menunjukkan betapa jika peneraju kelab agama tidak berjiwa agama. aset bagi agama dengan mudah dipindahmilik kepada tujuan yg menyimpang dari agama. perkara ini berlaku di sandakan sabah di mana tanah majlis agama dibangunkan oleh swasta IJM untuk perumahan sedangkan pejabat agama, sekolah agama macam reban ayam……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: