Anwar dakwa kerajaan gagal tarik pelabur antarabangsa

Tinggalkan komen

Disember 8, 2009 oleh ruslyislam


Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 8 Dis: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mempersoal kegagalan kerajaan dalam menarik minat pelabur antarabangsa untuk melabur di negara ini.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam meletakkan Bursa Malaysia  sejajar dengan pasaran antarabangsa sebagai sebuah destinasi penjanaan dana yang kondusif.

Namun beliau hairan mengapa usaha itu masih gagal menarik golongan pelabur luar.

“Saya terima baik langkah-langkah yang diambil kerajaan tapi masalahnya mengapa dengan kecekapan Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti itu, kita masih gagal menarik minat peabur antarabangsa untuk jadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pelaburan,” katanya sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi.

Anwar turut mendakwa kegagalan itu sebenarnya ada kaitan dengan krisis keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya percaya ini ada kaitan dengan krisis keyakinan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri, datuk Najib yang seri dinafikan,” katanya.

Beliau meminta kerajaan menjelaskan sejauhmana kebenaran langkah yang diambil kerajaan  ini dapat menarik pelabur asing memandangkan data pelaburan menyatakan bahawa Bursa Malaysia berada di kedudukan tercorot brbanding Jakarta dan Singapura.

“Saya minta penjelasan daripada kementerian, apakah langkah yang diambil sekarang ini dapat menarik pelaburan sebab data pelaburan menyatakan sebaliknya,”soalnya.

Sebelum itu, datuk Nur Jazlan Mohamed (BN Pulai) meminta Menteri Kewangan menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan syarikat antarabangsa untuk menyenaraikan saham mereka dalam Bursa Malaysia.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung (BN-Alor Setar) dalam jawapannya memberitahu Bursa Malayssai dan SC mengambil enam inisiatif dalam menarik  pelabur antarabangsa antaranya menganjurkan taklimat kembara dan penyebaran risalah ke China, Vietnam dan India bagi menarik penyenaraian asing

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: