Kes kepala lembu: Perbicaraan 12 April

Tinggalkan komen

Disember 8, 2009 oleh ruslyislam


Malaysiakini

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini ini menetapkan perbicaraan kes berhubung insiden perarakan kepala lembu dalam satu protes di sekretariat negeri (SUK) Selangor Ogos lalu, didengar pada 12 April depan.

Hakim Hasdi Hasan menetapkan perbicaraan itu berjalan selama lima hari – sehingga 16 April depan.

Kes itu disebut di mahkamah hari ini dan kesemua 12 orang didakwa bersabit kes berkenaan, tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.

Enam daripada mereka menghadapi dua tuduhan – menghasut dan menyertai perhimpunan haram.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan atau tuduhan alternatif di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana “menimbulkan rasa tidak puas hati dan permusuhan penganut Hindu dan senjaga lukakan perasaan penganut Hindu”.

Mereka ialah Ibrahim Sabri, 42; Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36; Eyzva Ezhar Ramly, 35; Mohd Azmir Mohd Zain, 35; Ahmad Suhairy Zakaria, 39; Mohd Hilmi Ni, 40.

Mereka juga didakwa bersama enam orang lagi kerana menyertai perhimpunan haram, mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967.

Mereka ialah Jainudin @ Zainudin Md Yusuff, 67; Mohd Jurit Ramli, 39; Mohammad Nordin Zakaria, 63; Jamil Mohamad Isa, 40; Rahimuddin Md Harun, 39, dan Azhari Shaari, 39.
Mereka diwakili peguam Hashim Ibrahim, manakala timbalan pendakwaraya ialah Datuk Razali Che Ani.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: