Ketuanan Melayu: Aduan polis terhadap wakil DAP

1

Disember 8, 2009 oleh ruslyislam


Malaysiakini

Badan Bertindak Perpaduan Ummah membuat laporan polis terhadap naib pengerusi DAP N Kulasegaran yang didakwanya telah mempertikaikan hak-hak keistimewaan orang Melayu.

Laporan tersebut dibuat oleh sekumpulan anggota badan bertindak tersebut di ibu pejabat polis daerah Shah Alam hari ini.

Mereka membuat aduan itu berdasarkan laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini, antara lain, memetik Kulasegaran sebagai berkata beliau berpandangan dasar ketuanan Melayu bertentangan dengan slogan 1Malaysia dan tidak mencerminkan kesejahteraan rakyat negara ini.

Akhbar itu juga melaporkan Kulasegaran sebagai berkata, beliau tidak faham mengapa setelah bertahun-tahun lamanya, masih ada kelompok manusia perpcaya kepada warna kulit atau penampilan yang lebih tinggi daripada satu kaum yang lain.

Ahli parlimen DAP bagi Ipoh Barat dilaporkan memberitahu pemberita demikian di lobi Parlimen semalam.

Dalam aduan tersebut, mereka meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap Kulasegaran ekoran kenyataannya itu.

Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, timbalan presiden badan bertindak itu, Ibrahim Sabri berkata, pihaknya memberi tempoh dua minggu – mulai hari ini – kepada Kulasegaran untuk memohon maaf terhadap kenyataannya.

Jika tidak, katanya, mereka akan mencarinya “sampai ke lubang cacing” sama ada di pejabatnya atau di tempat-tempat lain.

Beliau juga meminta menteri dalam negeri supaya menahan Kulasegaran bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana membuat kenyataan tersebut.

Manakala presiden badan bertindak itu, Mahyudin Manaf pula berkata bukan Melayu tidak patut mempertikaikan hak-hak keistimewaan orang Melayu.

Tambahnya, orang Melayu sendiri tidak pernah mempertikaikan hak-hak bukan Melayu di negara ini.

Mahyudin dan Ibrahim antara 12 orang yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini berhubung kes mengarakkan kepala lembu dalam satu perhimpunan bantahan di SUK Selangor, hujung Ogos lalu.

Mereka berdepan dengan tuduhan menyertai perhimpunan haram. Manakala enam daripada mereka turut menghadapi dakwaan menghasut. Mahkamah menetapkan perbicaraan pada 12 April depan.

Selepas keluar dari mahkamah, mereka dilihat memegang kain rentang yang bertulis “Jangan bodoh macam lembu, jaga sensitiviti dan perasaan orang Melayu”.

Kain rentang tersebut juga turut memaparkan gambar tiga pemimpin DAP Lim Kit Siang, Lim Guan Eng (setiausaha agung) dan Nga Kor Ming (setiausaha Perak).

Ditanya mengenai kain rentang tersebut, Mahyudin berkata, ia sebagai reaksi kepada pemimpin DAP yang memijak gambar tiga ADUN bebas di Perak baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, bukan mereka yang membawa kain rentang tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, ketika keluar dari mahkamah, mereka ternampak ada oran gyang membawa kain rentang tersebut dan mereka turut memegangnya sama sebagai tanda sokongan.

Advertisements

One thought on “Ketuanan Melayu: Aduan polis terhadap wakil DAP

  1. amrizal berkata:

    Semoga PAS telus dan tidak mengamalkan sikap perkauman.

    Hak bumiputera juga perlu dikaji… ianya bersikap perkauman..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: