Pemuda PAS Wilayah Mahu Setiausaha Politik PM Digantung Tugas

1

Disember 8, 2009 oleh HermanSamsudeen


Kenyataan Media DPPWP
 
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyambut baik keputusan Parlimen menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan Ahli Parlimen PKR-Wangsa Maju, YB Wee Choo Keong bahawa beliau “dihalang” oleh Datuk Shafie Abdullah, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di dewan itu semalam.
 
DPPWP juga menyokong penuh cadangan YB. Wee di Parlimen semalam supaya Shafie yang juga Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kepentingan beliau dalam syarikat Evergreen Sdn Bhd, Bukit Kiara Development Sdn Bhd dan Maju Bangun Sdn Bhd, dimana ke semua syarikat ini terlibat dalam beberapa tender projek kerajaan.
 
Shafie yang juga Ketua Bahagian Umno Wangsa Maju turut didakwa mengunakan pengaruh beliau bagi mendapatkan 30 lot peribadi bagi tapak pasar malam Up Town Danau Kota dan kelulusan Development Order untuk membina shopping complex diatas sebidang tanah yang digazetkan dalam Deraf Plan KL 2020 untuk Masjid Desa Sri Hartamas.
 
Beliau juga didakwa mengunakan pengaruh beliau untuk memaksa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melantik 29 nama yang beliau cadangkan sebagai Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ehsaniah, di Rumah Pangsa Danau Kota.
 
YB Wee turut mendedahkan bahawa Shafie juga bertanggungjawab terhadap tindakan menghalang pengurusan DBKL dari menguatkuasakan undang-undang di beberapa tempat seperti Up Town di Danau Kota dan juga Restoran Rashatini milik kroni beliau yang dibina atas tanah rizab DBKL di Seksyen 2 Wangsa Maju.
 
DPPWP berharap agar Parlimen bukan sahaja menyiasat tentang tindakan Shafie menghalang YB Wee membuat pendedahan kegiatan beliau kepada Parlimen. DPPWP dan rakyat Wilayah Persekutuan mahu beliau disiasat sepenuhnya, dan setiap dakwaan YB Wee di ambil tindakan oleh Parlimen dan SPRM.
 
Parlimen juga wajar meminta Perdana Menteri, mengantung tugas Setiausaha Politiknya itu sepanjang waktu siasatan sama seperti tindakan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semasa Pegawai Khas beliau Yahya Sahri disiasat SPRM.
 
Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Advertisements

One thought on “Pemuda PAS Wilayah Mahu Setiausaha Politik PM Digantung Tugas

  1. SELENDANG BIRU berkata:

    BETUL2 PUNYA SELERA JIKA BENAR DAKWAAN INI..
    GST(GOLONGAN SUSAH TERTINDAS0

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: