KENYATAAN MEDIA : TOLAK PARTI PERKAUMAN, MARI BERSAMA PARTI ISLAM

Tinggalkan komen

Disember 9, 2009 oleh ruslyislam


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang berat kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang mengakui UMNO sebagai sebuah parti perkauman. Ia sama sekali bercanggah dengan kenyataan pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini, kononnya UMNO adalah parti untuk semua rakyat Malaysia.

Kenyataan bekas Perdana Menteri yang pernah memimpin UMNO selama 22 tahun itu, membuktikan kebenaran selama ini bahawa UMNO memang sebuah parti perkauman. Sejak kewujudannya, ia memang hanya memperjuangkan hanya bangsa Melayu sehingga menolak ketepi kepentingan bangsa-bangsa lain. Keadaan begini dengan sendirinya menafikan hak kaum dan bangsa lain. Tidak ada tempat bagi kaum Cina dan India dalam perjuangan UMNO. Bahkan, ia bercanggah dengan konsep 1Malaysia yang diperjuangkan oleh kerajaan UMNO-BN. UMNO beranggapan hanya Melayu sahaja yang mulia dan wajar dibantu manakala bangsa lain yang tertindas tidak ada hak.

DPPWP menegaskan, zaman parti yang yang berasaskan kepada perkauman atau kebangsaan sudah berlalu. Rakyat kini mahu melihat parti yang memperjuangkan nasib semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau kaum. Rakyat juga sudah muak dengan semangat perkauman yang sempit seperti yang berlaku dalam parti-parti BN sekarang.

Islam adalah bersifat rahmatan lil Alamin (rahmat ke atas sekalian Alam). Islam mengutamakan kepentingan hak semua kaum dengan menolak fahaman kebangsaan yang sempit. Islam adalah agama sejahtera yang merangkumi semua bangsa dan keturunan tanpa mengira warna kulit dan bangsa. Islam tidak terbatas pada sempadan geografi dan menganggap semua yang beragama Islam adalah saudara seagamanya yang wajib dibela.

PAS pula adalah sebuah parti politik yang berusaha menegakkan Islam sejak penubuhannya. PAS tidak pernah menolak kepentingan bangsa lain untuk mendapatkan hak mereka. PAS sendiri berjuang untuk membela bangsa Cina dan India yang susah dan melarat. Justeru, PAS telah menubuhkan Kelab Penyokong yang terdiri daripada pelbagai kaum. Malahan YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengisytiharkan untuk melantik Menteri Besar dari kalangan bangsa Cina sekiranya mereka beragama Islam dan layak untuk menduduki kerusi tersebut.

Atas dasar itu (DPPWP) menyeru supaya semua rakyat meninggalkan parti rasis itu, dan menyokong perjuangan yang di bina atas dasar Islam yang syumul. Parti Islam Se-Malaysia adalah wadah terbaik buat rakyat Malaysia, kerana Islam yang diperjuangkan bersifat sejagat dan tidak meletakkan kepentingan hanya pada kaum-kaum tertentu seperti yang di amalkan oleh UMNO dan parti-parti lain di dalam Barisan Nasional.

Disediakan oleh

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: