Mahathir akui UMNO parti perkauman

2

Disember 9, 2009 oleh ruslyislam


Kuala Lumpur, 9 Dis – Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui parti UMNO adalah parti perkauman dan menyarankan Nazri meletakkan meletakkan jawatan dalam UMNO kerana menentang perkauman.

“Jika dia (Nazri) kata saya perkauman, jangan kata  dia sendiri tidak perkauman. Dia tahu semuanya dengan baik. Dia berada di dalam sebuah parti perkauman. UMNO adalah parti perkauman. orang lain tidak bolah masuk.

“Jadi dia adalah ahli parti perkauman. Tapi dia kata dia menentang perkauman. Jadi dia patut letak jawatan” kata bekas perdana menteri itu, ketika di temui pemberita selepas menyampaikan ucaptama dan dialog Merangka Kerjasama Ekonomi Malaysia-Indonesia dalam Menghadapi Krisis Global: Peluang dan Cabaran dari Perspektif Media dan Perniagaan semalam.

Sebelum ini, Nazri Aziz yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mencadangkan kurikululum Biro Tata Negara (BTN) tidak perlu dirombak. Nazri menganggap sukatan dan isi kandungan BTN  sebelum ini hanya memberi penekanan kepada kaum Melayu sahaja dan ia jelas menunjukkan sentimen perkauman.

Nazri juga menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ketinggalan zaman sekiranya ingin mengekalkan sukatan kurikulum BTN.

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan keputusan kabinet yang bersetuju untuk merombak semula kurikulum BTN . (sumber: Utusan Malaysia 9 Dis 2009 – ms 7)

Advertisements

2 thoughts on “Mahathir akui UMNO parti perkauman

  1. LAWAN TETAP LAWAN berkata:

    gaduhlah hampa baru tahukah che det parti umno parti perkauman.bukan nazri sahaja patut letak jawatan malah che det sendiri patut letak jawatan sebagai ahli umno.

  2. SELENDANG BIRU berkata:

    INI SEMUA SANDIWARA…BUKAN SENANG NAK MEMPERTIKAI TUN…SIAPA BERANI…JIKA DALAM UMNO HANYA SANDIWRA JER..TUN TETYEP MENGAWAL MALAYSIA DARI PM SEKARANG NIE..TUN MEMANG BERKUASA LEMBU PUNYA SUSU SAPI DAPAT NAMA…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: