Mahathir habiskan RM100 bilion dalam skandal kewangan di zamannya

Tinggalkan komen

Disember 9, 2009 oleh ruslyislam


KUALA LUMPUR, 9 Dis: Tun Dr Mahathir Mohamad telah membazirkan RM100 bilion ringgit dalam skandal kewangan yang berlaku di zamannya, menurut sebuah buku baru tentang mantan perdana menteri itu.

Menurut Barry Wain, penulis buku yang akan dilancarkan ‘Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’, kerugian langsung dalam skandal itu adalah berjumlah sekitar RM50 bilion.

Namun, setiap yang yang dilupuskan, ada dua kali ganda kos yang tidak kelihatan. RM100 bilion jumlah kerugian itu adalah setara dengan US$40 bilion pada kadar pertukaran yang berlaku kemudian.

Barry, yang merupakan bekas editor Asian Wall Street Journal, berkata sebahagian besar daripada penipuan adalah melalui usaha kerajaan untuk memanipulasi harga timah antarabangsa dan perjudian oleh Bank Negara melalui pasaran mata wang global, yang berlaku pada 1980-an.

‘Malaysia Maverick’ adalah buku bebas pertama yang lengkap dengan kajian panjang tentang Mahathir, yang bersara pada tahun 2003 setelah lebih dari dua dekad sebagai Perdana Menteri. Buku ini akan diterbitkan secara global minggu depan oleh Palgrave Macmillan.

Wain menulis, pemerintahan Mahathir, yang mula berkhidmat pada tahun 1981 dengan slogan, “bersih, cekap dan amanah”, angsung terlibat dalam skandal kewangan yang “meletup dengan mengejutkan”.

Pada awal 1990-an, secara sinis beliau menulis, itu adalah “dekad yang baik untuk perilaku buruk, atau dekad buruk bagi tingkah laku yang baik”.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: