Bola Sepak: Misi Hidup Mati Bagi Malaysia

Tinggalkan komen

Disember 10, 2009 oleh ruslyislam


Zulhilmi Supaat

VIENTIANE, 9 Dis (Bernama) — Skuad bola sepak Malaysia akan berdepan dengan cabaran sebenar apabila mereka bertemu juara bertahan Thailand pada perlawanan pusingan akhir Kumpulan A di Stadium Chao Anu Vong di sini Jumaat ini.
Jurulatih kebangsaan K.Rajagobal berkata kemenangan 4-0 ke atas Kemboja semalam menaikkan semula semangat anak buahnya setelah kalah 1-3 kepada Vietnam tiga hari lepas.

“Kemenangan ini memberi kelegaan kepada anak buah saya. Sekarang, saya mahu mereka melupakan Vietnam atau Kemboja kerana Thailand merupakan cabaran sebenar bagi kami,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini.

Beliau berkata Malaysia perlu mengawal ketat Adul Lahsoh, Kiatprawutsawaeo, Suttinun Phukhom (ketua pasukan) dan dua penyerang Thailand Sompong Saleb dan Anawin Jujeen, yang merupakan tulang belakang dan penyerang berbahaya pasukan itu.

“Kalau kami dapat kunci pergerakan pantas penyerang mereka, maka mereka akan menghadapi masalah untuk membolosi pintu gol Malaysia,” katanya.

Malaysia perlu mengalahkan Thailand bagi menjamin mendapat tiket untuk mara ke separuh akhir memandangkan Thailand menjadi pendahulu dalam kumpulan berkenaan setelah mengumpul tujuh mata daripada tiga perlawanan, manakala Vietnam menduduki tempat kedua dengan jumlah mata yang sama, tetapi terkebelakang daripada segi jumlah jaringan gol.

Malaysia menduduki tempat ketiga dengan enam mata daripada tiga perlawanan, manakala Kemboja menduduki tangga keempat dengan tiga mata, yang dikumpul daripada tiga perlawanan, sementara Timor Leste, yang kalah semua perlawanan, menduduki tempat paling bawah.

Hanya dua pasukan yang menduduki tangga teratas akan mara ke peringkat separuh akhir.

Mengulas perlawanan Malaysia-Kemboja pada Selasa, Rajagobal memuji S.Kunanlal, K.Gurusamy dan Safiq Rahim yang telah bekerja keras bagi menghasilkan gol.

“Saya nampak seluruh pasukan ini begitu bersemangat. Mereka tahu tugas yang dipikul dan berjaya melaksanakannya dengan cemerlang,” kata jurulatih itu.

Gol Malaysia dijaringkan Abdul Manaf Mamat (minit ke-34), Norshahrul Idlan Talaha (minit ke-76), S.Kunanlal (minit ke-81) dan Shafiq Rahim (minit ke-84).

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek percaya skuad Malaysia boleh menewaskan Thailand walaupun di atas kertas, pasukan lawan mereka itu kelihatan agak sukar ditandingi.

“Saya percaya skuad ini mampu membuat sesuatu keajaiban ke atas Thailand, tetapi mereka perlu tenang dan tidak mengikut perasaan serta tidak terlalu menghormati lawan,” katanya. –  BERNAMA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: