Hansard ucapan YB Wee Choo Keong berkenaan salah laku setiausaha politik PM

Tinggalkan komen

Disember 10, 2009 oleh ruslyislam


DR. 7.12.2009

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk membahaskan Maksud Bekalan 32 Butiran 010000 – Pengurusan Kemajuan dan Pembangunan Wilayah Persekutuan, dan juga Butiran 060000 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Tuan Pengerusi, saya diberitahu oleh sahabat saya, Yang Berhormat dari Titiwangsa, bahawa Datuk Bandar Kuala Lumpur berada di dalam Dewan atau di Parlimen ini. Ini adalah satu amalan yang amat baik, kerana tidak pernah dalam pengetahuan saya, Datuk Bandar hadir di Parlimen. Oleh kerana yang dahulu mereka anggap mereka jadi maharaja, sebab mereka ada kuasa yang amat besar, tetapi ini yang bagus. Syabas kepada Datuk Bandar ini yang baik, kerana Datuk Bandar kalau berada di sini, beliau boleh tahu bagaimanakah keadaan songsang di dalam DBKL dan amalan-amalan yang tidak sihat berlaku dalam DBKL, sebab Menteri pun tidak banyak kuasa dan beliau pun baru juga.

Walau bagaimanapun, pada 5 November 2009 semasa perbahasan Bajet 2010 peringkat dasar, saya telah membangkitkan beberapa perkara untuk perhatian Yang Berhormat Menteri untuk memberi penjelasan. Akan tetapi, Yang Berhormat Menteri tidak memberi apa-apa jawapan kepada soalan-soalan yang penting, iaitu isu campur tangan Setiausaha Politik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Shafie Abdullah also known as ‘Mr Political Toll’, dan juga pentadbiran DBKL dari hal-hal gerai haram ke development order dan projek tertentu di bawah kawalan DBKL.
_ 1210

Perkara campur tangan Mr. Political Toll ini telah menjadi satu rahsia terbuka di DBKL. Saya berharap Datuk Bandar Kuala Lumpur yang berada di dalam Dewan di Parlimen ambil perhatian dengan kegiatan Mr. Political Toll ini. Semua kakitangan DBKL telah tahu dengan teliti mengenai perkara ini kecuali Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri kerana beliau terlampau sibuk dengan pentadbiran negara. Keadaan ini adalah disifatkan sebagai “harapkan pagar, pagar makan padi”. Saya akan memberi lebih banyak bukti mengenai dengan kegiatan Mr. Political Toll ini.

Tuan Pengerusi, kepada Yang Berhormat Senator Menteri buat tidak tahu langsung dan tidak mahu memberi apa-apa penjelasan tentang campur tangan Setiausaha Politik Perdana Menteri dalam pentadbiran DBKL. Restoran Rashatini bukan gerai kerana keluasannya lebih daripada sepuluh kaki dan 30 kaki yang telah melanggar semua undang-undang yang sedia ada yang terletak di atas tanah rizab kerajaan. Sebelum ini di tapak yang sama telah ada gerai ya

DR. 7.12.2009

bukan restoran, DBKL ambil tindakan merobohkan gerai tersebut kerana ia melanggar undangundang DBKL dan menggunakan tanah rizab kerajaan. Sekarang DBKL tidak berani merobohkan restoran ini walaupun ia menjejaskan keselamatan orang awam kerana gerai ini pun gunakan di semua kaki lima. Yang Berhormat Menteri pun takut menyentuh perkara yang melibatkan Mr. Political Toll. Inikah maksud 1Malaysia dan rakyat didahulukan? Saya tahu bahawa Yang Berhormat Senator pun tidak tahu Restoran Rashatini ini dimiliki oleh Pengerusi Persatuan Penjaja Melayu Wilayah Persekutuan yang juga ahli UMNO lah yang bernama Rashid iaitu sahabat karib Mr. Political Toll.

Saya juga dimaklumkan bahawa kerusi dan meja dimiliki oleh DBKL dan boleh digunakan oleh restoran tersebut. Sama ada Restoran Rashatini ini adalahlah satu bahagian di dalam DBKL ataupun Pegawai DBKL ada kepentingan dalam restoran tersebut ataupun pihak kementerian ada kepentingan? Ataupun pihak kementerian ada ekuiti? Saya berharap MACC menyiasat sama ada Encik Rashid ini telah memberi rasuah kepada Pegawai DBKL untuk mendapat dengan percuma meja-meja dan kerusi-kerusi milik DBKL untuk restorannya ataupun

Pegawai DBKL ataupun Mr. Political Toll ada kepentingan dalam ekuitinya?

Tuan Pengerusi, tugas-tugas setiausaha politik adalah untuk membantu Menteri, membantu Perdana Menteri menjaga kepentingan politik kerana mereka sibuk dengan tugastugas masing-masing. Oleh sebab itulah diwujudkan jawatan itu dan mereka tidak patut campur tangan dalam sebarang urusan pentadbiran apatah lagi menyalah guna kuasa dan kedudukan sebagai setiausaha politik dengan mengaut keuntungan peribadi, mengganggu kacau pentadbiran kerajaan dan agensi termasuk DBKL. Apakah mengaut keuntungan ini untuk diri sendiri atau untuk Perdana Menteri atau Menteri seperti kacau ganggu, campur tangan setiausaha politik Perdana Menteri, Mr. Political Toll adalah di dalam pentadbiran DBKL halang pengurusan DBKL untuk mengambil tindakan dan penguatkuasaan undang-undang di tempat
seperti yang saya sebutkan tadi iaitu Uptown di Danau Kota dan juga Restoran Rashatini di Seksyen 2, Wangsa Maju.

Tuan Pengerusi, Datuk Shafie bukannya campur tangan di dalam DBKL sahaja malah campur tangan di dalam pelantikan ahli-ahli jawatankuasa bagi Surau al-Ikhsaniah di rumah pangsa Danau Kota, Wangsa Maju. Mr. Political Toll ini memberikan senarai 29 ahli jawatankuasa surau tersebut dan semua diterima dengan penuh oleh Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan. Saya ada senarai kalau hendak cabar dan juga ada tulisan beliau sendiri. Penduduk-penduduk di rumah pangsa Danau Kota amat marah tentang campur tangan Mr. Political Toll ini tetapi aduan mereka tidak ditimbang oleh Jabatan Agama Islam kerana beliau ada kuasa. Menteri pun takut saya rasa. Yang Berhormat Menteri KPI tolong ambil tindakan, jangan duduk di situ ambil catatan. Check dia!

Tuan Pengerusi, saya hendak bertanya di dalam Dewan yang mulia ini apakah keistimewaan yang dimiliki oleh Mr. Political Toll sehingga semua orang termasuk Jabatan

DR. 7.12.2009

Agama Islam, Datuk Bandar dan Menteri Wilayah Persekutuan tidak berani membantah apa-apa sahaja arahan beliau? Mr. Political Toll menggunakan kedudukannya sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri dengan sewenang-wenangnya. Kita tidak mahu sama sekali nama Perdana Menteri dijajakan semahu-mahunya dan ini boleh memburukkan lagi reputasi dan keperibadian Perdana Menteri. Kita mahu Perdana Menteri mengambil tindakan serius terhadap setiausaha politiknya. Bukan sahaja mengarahkan beliau supaya tidak campur tangan tetapi memecatnya
sebagai setiausaha politik kerana ternyata beliau telah banyak menyalahgunakan kuasanya.

Saya sekali lagi hendak bertanya di dalam Dewan yang mulia ini adakah Mr. Political Toll ini sebenarnya defector Datuk Bandar? Kalau benar usaha Perdana Menteri untuk melanjutkan gagasan beliau iaitu ”Rakyat didahulukan” hanya sekadar omong kosong ataupun tukarlah kepada “UMNO Putera didahulukan”, menyedapkan bibir dan mengelabukan mata rakyat semata-mata sahaja. Mengapa Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan berdiam diri? Apakah Yang Berhormat Menteri juga ada kepentingan? Apakah wujud kepentingan peribadi dan tindakan kacau ganggu yang dibuat itu adalah atas arahan dan pengetahuan Yang Berhormat Menteri dan Perdana Menteri? Minggu lepas pada satu tangkapan dibuat oleh MACC ke atas seorang setiausaha politik kepada Timbalan Menteri Kewangan. Pada saya ini kes ikan bilis sahaja kerana ada lagi kes-kes ikan yu yang melibatkan setiausaha politik Mr. Political Toll ini yang gagal disiasat secara telus demi kepentingan awam. Saya percaya sindrom tingkat empat masih wujud di dalam pentadbiran kerajaan ini.

Saya hendak bertanya apakah kepentingan Mr. Political Toll di dalam Syarikat Evergreen Sdn Bhd melalui pembekalan alat kepada Pusat-pusat Latihan Khidmat Negara semasa Perdana Menteri menjawat jawatan Menteri Pertahanan? Saya tahu Encik John Tee, MD Evergreen Sdn. Bhd. adalah sahabat karib kepada Mr. Political Toll. Apakah kepentingannya di dalam Bukit Kiara Development Sdn. Bhd. melalui isterinya sebagai Lembaga Pengarah dan apakah kaitan beliau dengan Maju Bangun Sdn Bhd, syarikat yang mendapat kontrak melalui Khazanah Holdings?

Apa pula kepentingan yang ia perolehi dengan mendapat 30 lot tapak pasar malam Uptown Danau Kota sedangkan 500 penduduk telah menandatangani satu petisyen meminta pasar malam ini dipindahkan jauh daripada kawasan kediaman? Takkan Perdana Menteri pun ada kepentingan dalam soal sebegini? Sama ada Datuk Shafie terlibat di dalam kelulusan development order untuk membina shopping complex di atas sebidang tanah yang digazetkan di dalam Draf Pelan KL 2000 untuk Masjid Desa Sri Hartamas yang telah disebutkan oleh kawan saya Yang Berhormat Kulim Bandar.

Tuan Pengerusi, perkara-perkara tersebut adalah yang diketahui umum. Saya percaya ada banyak lagi projek-projek di bawah kawalan DBKL dan jabatan-jabatan yang lain ada hubung kait dengan Mr. Political Toll. Saya berharap Mr. Political Toll lay off your unseen hands in DBKL dengan izin, dan jagalah tol kepada pejabat Perdana Menteri sahaja ataupun Kementerian

DR. 7.12.2009

Kewangan dengan baik untuk kepentingannya sendiri. Jangan ketawa Yang Berhormat Menteri! Perkara ini susah tahu Menteri hendak mempertahankan dia sebab sahabat karib dalam UNMO. Janganlah main politik! Jaga kepentingan warga kota di DBKL sebab Yang Berhormat Menteri jadi Senator tidak berapa faham.

_1220

So saya hendak beri nasihat yang baik supaya Yang Berhormat Menteri boleh jaga kepentingan…

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat
Wangsa Maju, jangan jadi personal, Yang Berhormat ya.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tidak personal.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya mendengar ucapan Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya, ya.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Teruskan kepada masalah, tetapi jangan personal.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih. Apakah MACC tidak berani bertindak kerana beliau adalah Setiausaha Politik Perdana Menteri ataupun MACC tunduk kepada arahan-arahan daripada pihak berkuasa atau the power that be, dengan izin? Saya dimaklumkan bahawa Datuk Shafie ini is also living in style beyond his means, dengan izin, dan kedudukannya lebih kurang sama atau lebih hebat daripada Setiausaha Politik Timbalan Menteri Kewangan, Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Tuan Pengerusi, pada 13 Ogos 2008, Encik Ahmad Zaidi Ramlan telah membuat satu laporan rasuah terhadap Mr. Political Toll ini kepada MACC tetapi tidak ada tindakan diambil terhadap beliau. Ada laporan di sini, 13 Ogos 2008, tidak ada tindakan. Ini membuktikan dengan jelas kenapa Yang Berhormat Senator, Datuk Bandar KL, agensi kerajaan, DBKL dan lain-lain amat takut dengan Mr. Political Toll. Ini kerana dia adalah kebal dari tindakan, termasuk MACC. Walau bagaimanapun, saya berharap MACC yang tidak lama lagi akan diketuai oleh Yang Berbahagia Datuk Abu Kassim akan memainkan peranan yang bebas dan menyiasat perkara yang telah dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini terhadap Mr. Political Toll dan saya juga berharap Perdana Menteri akan mengambil tindakan yang serius terhadap setiausaha politik beliau yang mencemarkan nama baik beliau.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: