Kubur dibongkar untuk siasatan semula

Tinggalkan komen

Disember 10, 2009 oleh ruslyislam


Bernama

Kubur mendiang G Guakanthan, yang kematiannya diklasifikasikan polis sebagai mati mengejut, digali semula untuk mengeluarkan mayat mendiang bagi proses bedah siasat kali kedua yang akan dijalankan di Hospital Sungai Petani.
Ketua polis daerah Seberang Prai Selatan, Supt Shafien Mamat berkata bapa mendiang, S Govindasamy telah memohon melalui mahkamah dan mahkamah majistret kelmarin membenarkan permohonan untuk menggali semula kubur mendiang untuk proses bedah siasat.

“Proses menggali semula kubur mendiang bermula kira-kira pukul 4.30 petang dengan kehadiran majistret Mohd Izham Ali, pakar forensik, doktor dan anggota keluarga di tanah perkuburan Hindu di Nibong Tebal,” katanya kepada pemberita yang ditemui di tanah perkuburan itu semalam.

Guakanthan, 31, yang berasal dari Taman Cenderawasih dekat Nibong Tebal ditemui mati di Sungai Udang pada 4 Nov lepas dan kematiannya dikelasifikasikan sebagai mati mengejut oleh polis.

Shafien berkata bedah siasat itu akan dijalankan oleh pathologis dari Alor Setar dan doktor Hospital Sungai Petani.

“Kami berharap akan memperolehi keputusan bedah siasat kedua itu secepat mungkin,” katanya.

Govindasamy berkata anggota keluarganya tidak dapat menerima kematian anaknya itu disebabkan lemas kerana mendiang pandai berenang, sebaliknya percaya Guakanthan dibunuh.

Difahamkan proses menggali semula kubur mendiang telah menyebabkan kesesakan lalu lintas kira-kira satu kilometer di kawasan itu sehingga menyebabkan berlaku kemalangan mencederakan tiga penunggang motosikal yang berhenti untuk menyaksikan proses penggalian itu di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal. BERNAMA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: