LAPORAN KES SALAHGUNA KUASA SETIAUSAHA POLITIK PERDANA MENTERI, DATUK SHAFIE ABDULLAH

2

Disember 10, 2009 oleh ruslyislam


Laporan ini telah diterima oleh pegawai SPRM Wilayah Persekutuan En Mohd Yahya Mohd Rashid, dan disaksikan oleh Timbalan Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan En Hassan Yahya. Walaubagaimanapun SPRM cuma menerima laporan tersebut sebagai maklumat dan akan di bawa ke mesyuarat jawatankuasa SPRM Wilayah Persekutuan dan selepas seminggu barulah kertas siasatan dibuka sekiranya kes itu di anggap suatu kes. Berikut ialah salinan laporan yang dibuat :

LAPORAN KES SALAHGUNA KUASA SETIAUSAHA POLITIK PERDANA MENTERI, DATUK SHAFIE ABDULLAH

Saya Kamaruzaman Mohamad, Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dengan penuh rasa tanggungjawab mengemukakan laporan dan permohonan siasatan terhadap Datuk Shafie Abdullah yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri berhubung beberapa kes salah laku dan penyalahgunaan kuasa beliau seperti yang dibentangkan di Parlimen oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB Wee Choo Keong pada sidang bertarikh 7 Disember 2009.

02. Didalam ucapan Ahli Parlimen Wangsa Maju itu, beliau mendedahkan bahawa Datuk Shafie yang juga Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan dan Ketua Bahagian Umno Wangsa Maju telah:

1. Menggunakan pengaruhnya bagi menghalang penguatkuasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari mengambil tindakan meroboh sebuah premis haram yang didirikan diatas tanah Rizab DBKL iaitu Restoran Rashatini yang dimiliki oleh Pengerusi Persatuan Penjaja Melayu Wilayah Persekutuan yang juga ahli UMNO, Rashidi. Sahabat karib Datuk Shafie ini turut didakwa mengunakan pengaruh beliau bagi membolehkan restoran mendapatkan peralatan meja dan kerusi milik DBKL secara percuma.

2. Mengunakan pengaruh beliau supaya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melantik 29 nama yang beliau cadangkan sebagai Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ehsaniah, di Rumah Pangsa Danau Kota.

3. Didakwa menggunakan pengaruhnya bagi membantu rakan karibnya, John Tee yang juga Pengarah Urusan Syarikat Evergreen Sdn Bhd bagi mendapatkan kontrak pembekalan alatan kepada Pusat-pusat Latihan Khidmat Negara semasa Perdana Menteri menjawat jawatan Menteri Pertahanan.

4. Didakwa menjadikan isteri beliau sebagai proksi dalam senarai lembaga Pengarah syarikat Bukit Kiara Development Sdn. Bhd untuk memudahkan beliau menyalurkan projek-projek Kerajaan.

5. Menggunakan pengaruhnya bagi memperolehi 30 lot tapak pasar malam Uptown Danau Kota.

6. Terlibat di dalam kelulusan development order untuk membina shopping complex di atas sebidang tanah yang digazetkan didalam Draf Pelan KL 2000 untuk Masjid Desa Sri Hartamas.

03. Bersama-sama dengan laporan ini disertakan lampiran salinan Hansard Parlimen bertarikh 7 Disember 2009, muka surat 35-38 untuk rujukan pihak Puan.

04. Sehubungan dengan itu, saya meminta agar dakwaan yang dibuat di Parlimen ini disiasat oleh SPRM sesuai dengan peruntukan Seksyen 23 (1) dan (2) Akta 694 –Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 atau yang berkaitan dengannya kerana terdapatnya tindakan penyalahgunaan kuasa yang turut mendorong unsur-unsur suapan oleh pihak yang berkaitan dengan Datuk Shafie semasa beliau menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri.

05. Diharapkan pihak SPRM dapat menjalankan siasatan serta merta dan memberikan maklumbalas terhadap laporan yang dikemukakan ini secara terbuka.

Sekian. Terima Kasih

Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

2 thoughts on “LAPORAN KES SALAHGUNA KUASA SETIAUSAHA POLITIK PERDANA MENTERI, DATUK SHAFIE ABDULLAH

  1. Anak Wangsa Maju berkata:

    Saya merupakan Anak Wangsa Maju… Saya rasa pembelaan kepada Dato’ Shafei juga perlu kerana saya lihat laporan yang diberikan Media dari pihak Kerajaan apatah lagi Pembangkang hanya berunsur sebelah pihak..

    Anak Wangsa Maju

  2. liz berkata:

    saya setuju dengan anak wangsa maju, nak tolong salah tak tolong pun salah, semua nak bangkang, dah nama keje pembangkang kannn, ntah pape ntahhh, BOSANNNNN!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: