Dana Masjid-Tindakan Malaysiakini cuba lagakan pimpinan PAS dikesali

Tinggalkan komen

Disember 11, 2009 oleh HermanSamsudeen


Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan cara laporan Malaysiakini yang cuba melaga-laga kepimpinan PAS dalam isu dana masjid yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Taiping.

Dengan mengunakan tajuk “PAS tidak sepakat isu dana bina masjid”, Malaysiakini cuba membentuk pemikiran pembaca supaya melihat seolah-olah Timbalan Presiden, Ust Nasharuddin Mat Isa berbeza pandangan dengan Bendahari PAS Dr. Hatta Ramli.

Jika diamati kenyataan Timbalan Presiden dan Bendahari PAS itu, kedua-duanya jelas tidak menghalang Ahli Parlimen Taiping dari mengemukakan pandangan berhubung isu itu. PAS jelas mahu isu ini tidak dibincangkan secara terbuka dan mahu mengunakan saluran yang betul bagi mengelakkan persepsi negatif pihak-pihak yang berkepentingan seperti Umno yang gagal memberikan hujah dalam menjawab isu ini.

Tindakan Malaysiakini juga dilihat sama seperti Utusan Malaysia yang mengunakan tajuk kontraversi dalam isu ini bagi menimbulkan kemarahan pembaca. Utusan Malaysia mengunakan tajuk “Kor Ming persoal kerajaan bina banyak masjid” dan secara spontan rakyat yang membaca tajuk itu boleh memberikan respon yang negatif.

Dalam isu ini, PAS jelas tidak menyalahkan Ahli Parlimen Taiping kerana membangkitkan isu peruntukan itu, tetapi mahu pendedahan itu dibuat dengan cara yang lebih baik agar pihak-pihak yang emosional dalam Umno dan NGO pro-Umno tidak melatah seperti hari dan menuduh beliau sebagai cuba mewujudkan ketegangan Agama.

Diharapkan agar pihak Malaysiakini dan media lain tidak menangguk diair keruh hingga sangup mengunakan cara yang tidak berhemah bagi menarik perhatian pembaca.

DPPWP mahu Malaysiakini mengubah atau menarik semula artikel berkenaan dengan segera dan menyatakan fakta yang betul supaya rakyat boleh memahami hasrat sebenar Ahli Parlimen Taiping dan pimpinan PAS.

Herman Samsudeen
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: