Laporan polis dakwa hakim beri keterangan palsu

Tinggalkan komen

Disember 11, 2009 oleh ruslyislam


Satu laporan polis dibuat terhadap Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Gopal Sri Ram, mendakwa beliau telah memberi keterangan palsu dalam satu kes saman sivil awal tahun ini.

Laporan polis itu dibuat oleh bekas rakan kongsi firma guamannya – peguam kanan C Vijaya Kumar – di ibupejabat polis Kuala Lumpur Isnin lalu.

Difahamkan satu lagi aduan turut dibuat kepada Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi mengenai perkara tersebut.

Ini merupakan kali pertama laporan polis dibuat terhadap seorang hakim Mahkamah Persekutuan.

Dalam laporan itu – di mana salinannya diperolehi Malaysiakini – peguam tersebut mendakwa Gopal (kanan) berbohong dalam keterangan di bawah sumpah apabila mendakwa dia membayar cukai bagi sejumlah RM700,000 yang diterimanya dari bekas firma guamannya, Sri Ram & Co.

Firma guaman itu membuat bayaran tersebut melalui akaunnya di Bank Tokyo pada 16 julai 1996. Bayaran itu adalah sebahagian daripada syarat yang dipersetujui sebagai insentif kepada Gopal untuk melepaskan kepentingannya dalam firma berkenaan.

Bagaimanapun, Vijaya mendakwa, butiran yang terkandung dalam penyata cukai dan notis penilaian bagi tahun berkenaan, tidak menyebut tentang pendapatan tersebut.

Oleh itu, beliau mendakwa hakim kanan tersebut telah melakukan pemalsuan, satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan dan membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan didenda.

Atas sebab-sebab yang sama, kata Vijaya dalam laporan polisnya itu, Gopal juga telah melanggar Akta Cukai Pendapatan 1967.

Gopal yang dinaikkan pangkat dari Mahkamah Rayuan menjadi hakim Mahkamah Persekutuan awal tahun ini, dijadual bersara tahun depan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: