Badi berakhir

Tinggalkan komen

Disember 14, 2009 oleh ruslyislam


PENANTIAN 34 tahun berakhir apabila skuad badminton wanita negara mencatat keputusan gemilang, memenangi emas berpasukan selepas menewaskan juara bertahan, Indonesia 3-1 di Dewan Gimnasium Kompleks Sukan Nasional, semalam.
Mata kemenangan itu diperoleh menerusi gandingan Woon Khe Wei-Ng Hui Lin yang digandingkan semula selepas dua tahun berpisah.

“Memang tak sangka. Ia benar-benar satu sejarah baru dalam hidup kami. Apapun saya bangga menghadiahkan pingat emas ini kepada negara. Tidak dapat saya gambarkan keseronokannya.

Mereka mengambil masa 60 minit mengecewakan Greysia Poli-Liliyana Natsir 19-21, 21-12, 21-18.

“Saya tidak tahu nak cakap apa kerana terlalu gembira. Tidak pernah terlintas saya dan Hui Lin boleh mencipta sejarah ini.

“Ini bukan saja pingat emas pertama Sukan Sea, tapi kemenangan pertama kami berpasangan bersama di peringkat antarabangsa,” katanya.

Menurut Khe Wei, dia bangga dapat mengetepikan kemarau emas berpasukan wanita selepas kali terakhir memenanginya pada Sukan Seap 1975 di Bangkok.

“Tiada siapapun meramalkan kami menjuarainya dan hari ini kami buktikan,” katanya.

Pasangannya, Hui Lin mengakui cukup gementar apabila Indonesia merubah taktik dengan menyenaraikan pasangan utama mereka itu sebagai beregu kedua.

“Mereka cukup berpengalaman berbanding kami. Namun kerana kami sebenarnya tidak diharapkan apa-apa, saya dapat bermain dengan mantap.

“Paling menyenangkan apabila persefahaman kami cukup padu dengan menggunakan taktik menyerang di samping mantap bertahan,” katanya yang kelihatan beberapa kali tersenyum dalam gelanggang.

Mendedahkan cerita sebenar, Hui Lin berkata, mereka sebenarnya tidak tahu siapa yang bakal menjadi pasangan masing-masing untuk diturunkan sebagai beregu kedua selepas Wong Pei Tty-Chin Ee Hui.

“Kami hanya dimaklumkan hanya bila sampai di Laos ini. Jadi kami berlatih seperti biasa saja. Pada hari pertandingan barulah kami diberitahu saya bergandingan dengan Khe Wei.

“Mujur kami pernah bersama dulu, jadi tidak perlu mengambil banyak masa untuk menyesuaikan rentak persembahan masing-masing,” katanya.

Terdahulu, Wong Mew Choo seperti dijangka selepas kejayaan menjuarai Siri Super Masters Final, memberikan mata pertama dengan kemenangan mudah ke atas Adrianty Firdasari 21-18, 21-17 sebelum Pei Tty-Eei Hui melebarkan kemenangan 2-0 mengecewakan Shendy Irawat -Meiliana Jauhari 21-17, 21-13.

Bagaimanapun perjalanan yang nampak mudah itu tersekat oleh kekalahan Lydia Cheah 8-21, 9-21 kepada Maria Kristin.

Namun tanpa disangka muncul gelombang baru cabaran negara menerusi Khe Wei-Hui Lin yang bermain bagaikan pasangan bertaraf dunia, biarpun kedua-duanya baru berusia 20 tahun. – Harian metro

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: