K’jaan tegas tidak tapis Internet: Joseph

Tinggalkan komen

Disember 14, 2009 oleh ruslyislam


Malaysia komited kepada net neutrality dan prinsip tiada penapisan Internet, kata Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum.

Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengamalkan konsep laluan terbuka kepada pemegang-pemegang lesen telekomunikasi bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sebarang penguatkuasaan yang diambil terhadap mana-mana tindakan yang dilakukan di Internet yang telah melanggar mana-mana undang-undang Malaysia tidaklah bercanggah dengan prinsip net neutrality,” katanya ketika menjawab soalan Tony Phua Kim Wee (DAP-Petaling Jaya Utara) di Dewan Rakyat hari ini.

Salang berkata prinsip itu merujuk kepada prinsip bahawa pembekal perkhidmatan Internet (ISP) yang seharusnya bebas daripada sekatan kepada mana-mana kandungan, laman sesawang, platform yang digunakan, jenis peralatan yang boleh disambungkan kepada rangkaian dan cara komunikasi yang digunakan.

Beliau berkata prinsip itu juga memastikan bahawa tidak ada komunikasi yang mendapat keutamaan daripada komunikasi lainnya dalam rangkaian perkhidmatan ISP.

Menjawab soalan tambahan, beliau berkata kerajaan akan sentiasa memantau supaya tidak ada sebarang pembekal perkhidmatan itu dimonopoli mana-mana pihak termasuk Telekom Malaysia sebagai penyedia infrastruktur bagi perkhidmatan ISP.

“Telekom Malaysia tidak akan mengekang dari segi pertambahan pembekal perkhidmatan jalur lebar dan akan berkongsi dengan pemberi perkhidmatan itu yang hendak menggunakan fasilitinya,” katanya.

Beliau juga berkata kerajaan mengarahkan SKMM dan Telekom Malaysia menyediakan kertas kerja berhubung cara pembekal ISP boleh menyediakan perkhidmatan itu pada kos lebih rendah.

Kertas kerja itu akan dibentangkan kepada kabinet pada Februari tahun depan, kata Salang. BERNAMA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: