Laos suka pantas

Tinggalkan komen

Disember 14, 2009 oleh ruslyislam


LAOS membawa jelmaan Vietnam apabila turun berdepan Malaysia pada perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan Sea Ke-25 di Stadium Utama Kompleks Nasional, bagi mencipta sejarah layak ke final buat kali pertama dalam sejarah bola sepaknya, malam ini.

Skuad bimbingan Alfred Riedl yang menjalani latihan selama setahun di Vietnam dengan kelab Hoang Anh Gia Lai (HAGL) khusus sebagai persiapan untuk menghadapi Sukan Sea ini.

Maka tidak hairan, Laos yang mengamalkan permainnan pantas mirip gaya jirannya itu lega apabila tidak bertemu Thailand, sebaliknya Malaysia pada separuh akhir.

Sejarah membuktikan Laos pernah menyingkirkan Malaysia dengan kemenangan 1-0 pada Sukan Sea Jakarta 1997 yang ketika itu di bawah pengurus Datuk Dell Akhbar Hyder Khan serta jurulatih Wan Jamak Wan Hassan.

Malah kekalahan 3-1 pada Vietnam, menambah keyakinan mereka bahawa Malaysia boleh ditewaskan dengan mudah sambil dibantu faktor tuan rumah serta bermain di hadapan ribuan penyokong tempatan.

Akhbar Laos juga sudah meramalkan perebutan pingat emas edisi kali ini adalah antara mereka dengan Vietnam.

“Ia adalah perlawanan menarik dan berdasarkan kemuncak prestasi pasukan, saya yakin pemain saya tidak akan menghampakan rakyat mereka,” kata Riedl yang menganggap gelaran pasukan kerdil tidak lagi sesuai buat skuad kendaliannya.

Beliau tidak mempunyai masalah kecederaan pemain utama dan sepanjang sesi latihan, pemainnya memberikan reaksi positif menjelang perlawanan itu.

Beliau tetap mengharapkan sentuhan bintang Laos, Lamnao Singto serta perancangnya, Keysone Soukhrong untuk merosakkan persembahan Malaysia.

“Jelas kami lebih berupaya tapi saya tetap mengingatkan pemain agar menghormati Malaysia namun tidak takut kepada mereka,” kata Riedl. – Harian Metro

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: