Pemuda PAS Wilayah kesal Umno Gadai Tanah Masjid Sri Hartamas

2

Disember 14, 2009 oleh HermanSamsudeen


Inilah gambaran projek Glomac Galeria di atas tapak Masjid Sri Hartamas

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana pemimpin Umno turut terlibat dalam mengadaikan tanah Masjid di Sri Hartamas.

DPPWP menolak jawapan parlimen Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan bandar berhubung alasan pembatalan syarat status lama bagi Lot 48671 di Jalan 19/70A, Desa Sri Hartamas iaitu daripada tapak tanah ‘Masjid’ kepada “Perniagaan (Bangunan)’.

Alasan bahawa Desa Sri Hartamas akan menghadapi masalah kesesakan lalu lintas jika masjid dibuat diatas tanah itu tidak logik kerana pihak Kerajaan boleh mewujudkan tempat letak kereta bertingkat dibawah masjid sama seperti Projek Glomac Galeria setinggi 4 tingkat yang sedang dibuat diatas tanah itu sekarang bagi mengelakan masalah letak kereta dan lalu lintas.

Masalah Jalan 19/70A yang lebarnya hanya 50 kaki sahaja juga tidak masuk akal untuk dijadikan alasan kerana saiz itu sudah memadai bagi sebuah masjid berbanding dengan Galeria yang juga menjadi pusat aktiviti masyarakat termasuk beli belah yang sememangnya lebih sibuk dari aktiviti masjid.

Isu bahawa tapak itu berhampiran dengan bangunan-bangunan perniagaan sedia ada dan turut berhampiran dengan persimpangan Leburaya SPRINT juga bukan alasan kerana sudah banyak masjid yang didirikan berhampiran tempat sedemikian rupa antaranya Masjid di Seksyen 15 Subang Jaya yang berhadapan dengan Subang Parade dan Carefour serta Masjid Jamek Kuala Lumpur yang terletak ditengah-tengah bandaraya yang sibuk.

DPPWP berasa pelik. Bagaimana sebuah tapak Masjid boleh ditukar statusnya kepada tapak ‘Perniagaan (Bangunan)’ walhal sekeliling kawasan itu sudah mempunyai pusat perniagaan yang mencukupi dari keperluan.

DPPWP juga bertanya, apakah faedah yang diperolehi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan umat Islam dikawasan berkenaan bila tapak masjid itu dijadikan Galeria Perniagaan?

DPPWP juga mahu tahu adakah MAIWP telah menjual atau menyewakan tanah itu kepada Syarikat Leader Domain Sdn. Bhd dan Syarikat Glomac Resources Sdn. Bhd? Dan paling pelik, jika tanah itu milik MAIWP kenapa nama Projek itu ‘Glomac Galeria’ iaitu mengunakan nama syarikat yang memajukan projek itu?

Berdasarkan maklumat dari Ahli Parlimen Wangsa Maju, penukaran status tanah ini juga ada kaitan dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri yang dikatakan turut campurtangan dalam mengarahkan penukaran status tanah itu.

Dan paling mengejutkan DPPWP, salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat induk Glomac iaitu, Glomac Berhad adalah Bendahari Badan Perhubungan Umno Selangor, Dato’ Fateh Iskandar Bin Tan Sri Dato’ Mohamed Mansor.

Pastinya rakyat akan tertanya-tanya, kenapa pemimpin Umno seperti Menteri Wilayah, Setiausaha Politik PM dan Bendahari Umno yang kononnya memperjuangkan kepentingan Melayu dan Institusi umat Islam sanggup mengadaikan tanah itu.

Jika YB Taiping bersuara tentang dana Masjid, mereka marah sampai tak cukup air liur, kini jelas terbongkar bahawa adanya satu pakatan haram dalam Umno untuk merampas tanah masjid di Sri Hartamas ini dan merekalah pengkhianat umat Islam dan kaum melayu sebenarnya.

DPPWP mengesa agar Pengarah MAIWP dan pihak-pihak berkaitan menjelaskan kepada rakyat punca sebenar perubahan tapak masjid dan mahu ianya dikekalkan atau digantikan dengan tanah lain kerana kita harus sedar tanah milik Umat Islam sama ada Melayu atau bukan Melayu semakin berkurangan di Wilayah Persekutuan.

Kita tidak mahu esok hari, Umat Islam di Wilayah Persekutuan sudah tidak ada tanah untuk dijadikan tempat beribadat apalagi untuk dikebumikan dek kerana kerakusan pemimpin UMNO dalam memperjudikan hak rakyat ini. DPPWP akan berbincang dengan beberapa pihak, dan kita akan lihat jika ada ruang bagi menghentikan projek Umno melalui tindakan undang-undang.

Herman Samsudeen
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

2 thoughts on “Pemuda PAS Wilayah kesal Umno Gadai Tanah Masjid Sri Hartamas

  1. SELENDANG BIRU berkata:

    KALAU RUMAH ALLAH PUN DI TOLAK OLEH KAUM YANG MENGAKU ISLAM…APA YANG PATUT KITA CAKAP..APAKAH MEREKA INI PENTINGKAN DUNIA DARI AHKIRAT…SUBBAHANALLAH….HANCURKAN MEREKA MAHA SUCI ALLAH..YANG MAHA KAYA..KERANA MEREKA MEMENTINGKAN DUNIA….

  2. Briged TTwangsa berkata:

    kalau masjid tu akan mengganggu lalulintas apa bezanya pembangunan yg kan naik disitu tidakkah ia juga akan mengganggu lalulintas , percayalah selain pejabat yg akan ada disitu pusat2 hiburan juga akan ada disitu…..masyaallah apa dh ni. masjid menyebabkan kesesakan lalulintas katanya . bagaimana pulak dgn pusat2 hiburan di situ nnt.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: