DPPWP serah memorandum tuntut penjelasan status tanah

Tinggalkan komen

Disember 17, 2009 oleh HermanSamsudeen


KUALA LUMPUR, Sinar Harian – Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (DPPWP) semalam menyerahkan memorandum menuntut penjelasan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berhubung status tanah masjid di Sri Hartamas.

Memorandum itu diserahkan ketuanya, Kamaruzaman Mohamad bersama Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad dalam satu pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Anan C Mohd di pejabatnya di Bangunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Jalan Ipoh.

Kamaruzaman berkata, DPPWP dukacita kerana Senator di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar gagal memberikan jawapan munasabah berhubung maksud penukaran status tanah tapak masjid di Lot 48671 di Jalan 19/70A, Desa Sri Hartamas.

Menurutnya, sehubungan itu, DPPWP menuntut MAIWP memberikan penjelasan lebih terperinci berhubung isu tanah masjid berkenaan.

Katanya, antara persoalan yang dibangkitkan DPPWP dalam memorandum itu adalah mengapa status tanah berkenaan ditukar daripada tanah ‘masjid’ kepada tanah pembangunan atau komersial.

Selain daripada itu, MAIWP juga diminta memberikan sebab mengapa tanah itu tidak dimajukan bagi membina masjid atau institusi Islam lain yang sesuai dengan kedudukannya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: