PENCURIAN PINTAR

2

Disember 20, 2009 oleh pemudawilayah


Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz

Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berada di bawah kawalan tentera pun hilang! Pelik berita ini tetapi benar. Bagaimana alpa dan lekanya pegawai-pegawai TUDM apabila menyedari enjin jet itu hilang pada tahun 2007 dan kini baru didedahkan.

Soalnya, mudahnya integiriti dan maruah pegawai TUDM diceroboh dan dijual beli. Bayangkan kalau dokumen sulit yang ditawarkan berjuta-juta ringgit oleh kerajaan AS kepada mana-mana pegawai tentera dan mereka menyanggupinya, pasti tergadai negara.

Dan lagi, mengapa sekarang baru didedahkan kejadian tersebut? mengapa tiada tindakan cepat diambil seawal tahun 2007 ketika baru menyedari ianya telah hilang?

Kalau yang hilang itu enjin di rumah awam yang terletak jauh dari pemantauan, itu boleh dikira munasabah. Tetapi yang hilang itu adalah enjin jet (sudah pasti ia besar), dan berada di bawah kawalan ketat 24 jam masih hilang, sudah pasti sesuatu yang tidak masuk akal.

Kementerian Pertahanan perlu dipertanggungjawabkan, begitu juga dengan Menterinya, Pegawai-pegawai tinggi tentera (TUDM), serta Setiausaha Kementerian berhubung insiden ini. Tindakan tegas perlu diambil agar ianya tidak akan berulang.

Advertisements

2 thoughts on “PENCURIAN PINTAR

  1. ema berkata:

    Kalau tak silap perkara tu dah lama diketahui cuma baru didedahkan…….. besar kemungkinan tapisan keselamatan antara mindef dan bukit aman. Injin tu injin lama dan kategori ‘rosak’ tapi masih boleh dibaiki dan diguna – sebab tu masih ada harga. F5E pun dah tak terbang dari mana-mana pangkalan TUDM. Banyak yang tersimpan dalam muzium. Sebab ada harga laa mereka buta. Pastinya yang terlibat bukannya sebarangan anggota. Mereka tahu procedure dan loop-hole dalam logistic management. Patut kita beri tahniah pada TUDM kerana perkara ini terbongkar. PDRM pun bertindak sangat pro.

    Bank negara pun selalu hilang duit. Bukan sedikit tapi berpuluh-puluh juta. Kita saja yang tak tahu. Dalang utama pastinya yang tahu selok belok.

    Yang pasti, mereka dah jual harta negara. Negara pulak tu negara mereka jugak. Patutnya mereka tu dibuang negeri.

    Bagaimana dgn spare-part utk SkyHawk, Aermachi, PC7???? Jangan-jangan dah ada yang terjual jugak? Setidak-tidaknya kat penjual besi buruk??? sebagaimana yang pernah berlaku di TUDM Kuantan (external fuel tank yg diperbuat dari aluminum)……. seperti yang pernah saya dengar……

    Kapal-kapal Navy pun banyak spare-part jugak. ATM dengan segala aset dalam mekanisnya… banyak besi tu…….

  2. shafifah berkata:

    KUNJUNGAN HABIB UMAR BEN HAFIZ KE MALAYSIA JANUARY 2010 : http://wp.me/piAx4-ZY

    Program Bersama Dr Wahbah Mustafa Al Zuhaily http://wp.me/piAx4-103

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: