Aduan polis terhadap ‘penyokong, pengundi PAS’

5

Disember 28, 2009 oleh HermanSamsudeen


Oleh Salhan K Ahmad

protest demanding pas leaves pakatan 02Malaysiakini : Pemuda PAS Selangor hari ini membuat aduan polis berhubung dakwaan percubaan mensabotaj hubungan parti itu dengan dua lagi rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat melalui demonstrasi semalam.

Aduan oleh timbalan ketua dewan tersebut Ahmad Zaidi Abdul Mutalib dibuat di Shah Alam tengah hari ini, berhubung demonstrasi kumpulan yang digelar Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor di hadapan ibu pejabat parti itu semalam.

Ketua Pemuda PAS Gombak Syarhan Humaizi Abd Halim, yang berada di ibu pejabat polis daerah tersebut, berkata aduan itu dibuat setelah mendapati kumpulan tersebut bukanlah mewakili PAS kawasan itu seperti didakwa.

“Kita mendapat kepastian mereka bukanlah daripada kalangan ahli kita, lebih-lebih lagi jurucakap mereka bernama Wan Hilman Wan Abd Rahim,” katanya.

“Kita sudah semak dan mereka bukan ahli PAS Gombak.”

Tambahnya, kepastian itu diperolehi selepas membuat semakan dengan pangkalan data senarai keahlian PAS.

“Kita dapati ini adalah cubaan untuk sabotaj (Pakatan Rakyat) dan memburuk-burukkan PAS di Selangor sebab mereka berdemo untuk minta PAS supaya jangan digunakan DAP, tetapi mereka bukan ahli PAS,” katanya lagi.

Advertisements

5 thoughts on “Aduan polis terhadap ‘penyokong, pengundi PAS’

  1. pakcikli00 berkata:

    Depa tukang kipas yang sesak nafas, berilah mereka peluang sebelum terhempas, kesian dia.

  2. best1of4's blog berkata:

    Jejak sampai tahu siapa pertualangnya.

  3. shafifah berkata:

    Majlis Maulid Mingguan Masjid Baitul Aman, Jalan Damai Kuala Lumpur: http://wp.me/piAx4-11k

    Ceramah Isu Semasa Mengenai Fahaman Songsang WAHHABI Di Malaysia : http://wp.me/piAx4-11m

    Mencontohi Salafussoleh : http://wp.me/piAx4-11i

  4. PAS berkata:

    KAMI SAYANGKAN ISLAM.. ISLAM BOLEH BERDIRI SENDIRI (DGN JAGAAN ALLAH) TANPA BANTUAN LAIN, SAMA JUGA SPT PAS YG BOLEH BERDIRI SENDIRI TANPA MEMERLUKAN BANTUAN TAMBAHAN LAIN.. HIDUP PAS~!!

  5. Maulvi berkata:

    Kita diajar berusaha. Berusaha sungguh-sungguh dan tawakkal kepada Tuhan. Kalau cakap – “ISLAM BOLEH BERDIRI SENDIRI (DGN JAGAAN ALLAH)”, dah tak betul.

    Luke 4: 9-13

    And he led him to Jerusalem and had him stand on the pinnacle of the temple, and said to him, “Throw yourself down from here; for it is written, ‘He will give his angels charge concerning you to guard you,’ and, ‘On their hands they will bear you up, lest you strike your foot against a stone.'” And Jesus answered and said to him, “‘You shall not put the Lord your God to the test.'”

    Pengajaran – Jangan harap bantuan kalau kita tak berusaha.

    Kita boleh menegakkan “amar ma’ruf nahi mungkar” dengan bantuan rakan-rakan kita dalam Pakatan Rakyat. Itulah usaha. Takat doa ajer, hampeh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: