Tinggalkan Fesyen Bohemian, Tutuplah Aurat!

5

Disember 28, 2009 oleh HermanSamsudeen


Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyeru kepada artis-artis Islam di Malaysia supaya meninggalkan fesyen Bohemian dan pelbagai lagi fesyen yang pelik-pelik yang tidak mengambarkan jati diri mereka yang sebenar.

DPPWP merasa sedih kerana ketidakfahaman yang dilalui oleh ramai artis Malaysia menjadikan mereka begitu mudah terjebak dengan industri fesyen yang makin mengarut hari ini. Sebagai umat Islam dan public figure, mereka sewajarnya menunjukan contoh dan pemakaian yang baik agar tidak mengundang fitnah kepada diri serta masyarakat Islam umumnya.

Dunia fesyen hari semakin jauh menyimpang dan kebanyakkannya mengekspolitasi artis Malaysia yang dilihat berpakaian tetapi sebenarnya telanjang (tidak menutup aurat) seperti yang pernah diungkapkan oleh Rasulullah s.a.w;

“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Setiap umat Islam mempunyai hak untuk memakai apa sahaja, tetapi Islam juga mempunyai hak ke atas mereka untuk mendidik kod etika berpakaian yang betul agar mereka tidak disamakan dengan artis yang bukan Islam. Allah berfirman dalam Al-Quran;

“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” [Al Ahzab 33:59].

Sesungguhnya, telah banyak peringatan yang Allah beri, tetapi mungkin artis-artis ini tidak tahu, oleh itu menjadi kewajipan untuk DPPWP menegur mereka dan berkongsi peringatan dari Rasulullah kepada anaknya iaitu;

“Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya ” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sesungguhnya Islam tidak melarang fesyen untuk wanita Islam tetapi biarlah fesyen itu melindungi mereka dari fitnah dan bahaya jenayah rogol. DPPWP memahami bahawa dunia artis merupakan periuk nasi mereka, tetapi janganlah kerana keperluan itu mereka sanggup untuk diekspolitasikan sedemikian rupa. Dari Aisyah r.a bahawa nabi S.A.W. bersabda :

“barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka dia akan dicukupkan perbelanjaan manusia dan barangsiapa yang mencari kemarahan Allah dengan relanya manusia nescaya dia diserahkan oleh Allah kepada manusia”

Maka DPPWP sekali lagi mengajak, agar artis-artis Malaysia kembali menjadi contoh mukmin dan mukminah yang baik bagi mengangkat martabat diri mereka dan Umat Islam keseluruhannya.

Herman Samsudeen
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

5 thoughts on “Tinggalkan Fesyen Bohemian, Tutuplah Aurat!

  1. mack berkata:

    saya sokong untuk apa dedah aurat kerana yang melihat dan yang mendedahkan nya sama dapat kutukan dari ALLAH yang maha esa insaflah

    • Iskandar berkata:

      Semuga dari apa yang telah dijelaskan di atas, mendapat panduan untuk semua. Saranan dan teguran ini sudah tentu bukan berniat untuk MENJAGA TEPI KAIN ANDA ANDA dan KITA KITA semua , tetapi UNTUK SAMA-SAMA MENJAGA KITA SEMUA DARI DI MAKAN API NERAKA. SEMUGA ALLAH S..W.T MENJAUHINYA. Insyaallah….

  2. best1of4's blog berkata:

    Artis yang macam inilah yang menghancurkan jiwa anak-anak muda Islam kita. Mengaku Islam namun tingkah laku seiras yang kafir.

    • Iskandar berkata:

      Kita jangan marah pada dia orang semua. Tapi marilah kita sama-sama BERDOA menadah tangan semuga dia orang termasuk kita, anak beranak kita, keluarga kita, saudara mara kita, muslimin dan muslimat di seluruh dunia yang sementara ini, supaya sama-sama dapat MENJAUHI LARANGAN / SEKATAN / HALANGAN / semua itu. Semuga kita sama-sama mendapat keberkatan dan hidayah dari Allah s.w.t hendaknya. Insyaallah

  3. shafifah berkata:

    Majlis Maulid Mingguan Masjid Baitul Aman, Jalan Damai Kuala Lumpur: http://wp.me/piAx4-11k

    Ceramah Isu Semasa Mengenai Fahaman Songsang WAHHABI Di Malaysia : http://wp.me/piAx4-11m

    Mencontohi Salafussoleh : http://wp.me/piAx4-11i

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: