MP PAS pertikai peruntukan rumah bekas PM RM12 juta

Tinggalkan komen

Disember 30, 2009 oleh HermanSamsudeen


Oleh Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa projek pembinaan rumah Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bernilai hampir RM12 juta sebagai satu penyelewengan kewangan negara.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS mendakwa, projek itu merupakan satu projek yang disembunyikan daripada pengetahuan umum kerana ianya tidak terdapat dan dalam Rancangan Malaysia ke-9 dan bajet 2010.

“Saya anggap projek ini sebagai sulit kerana ianya tidak terdapat dalam semakan Rancangan Malaysia ke-9, dalam bajet 2010 pun tidak ada peruntukan untuk projek itu,” kata Mahfuz ketika ditemui di lobi parlimen pagi tadi.

Beliau turut mempersoal berhubung undang-undang atau peruntukan yang didakwa tidak pernah ada itu.

“Memang ada satu peruntukankah yang membolehkan kerajaan menghadiahkan sebuah rumah kepada seseorang Perdana Menteri selepas beliau bersara? Setakat yang saya tahu tidak ada peruntukan itu” katanya.

Turut dipersoal motif kerajaan memberikan peruntukan tersebut kepada bekas perdana menteri itu.

“Apakah tujuan Kerajaan beri sebuah rumah kepada bekas Perdana Menteri yang sudah pun mempunyai rumah.

“Kalau rumah itu diberikan atas sebab beliau telah banyak berjasa kepada negara, saya percaya ramai lagi orang yang berjasa kepada negara,” tegasnya.

Mahfuz turut mempersoal kaedah projek berkenaan dibuat iaitu secara runding terus, dalam nilai yang tinggi.

“Kenapa projek itu dibuat secara runding terus dengan harga hampir RM12 juta.Ianya diberikan kepada TRC corporation iaitu kontraktor yang membuat pengkalan kapal selam di Sabah yang bernilai
RM400 juta lebih,” ujarnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada sesuatu yang disembunyikan kerajaan.

“Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dalam pengurusan kewangan negara kita sekarang ini. Kewangan disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu sahaja.

“Kerajaan tidak harus sembunyikan perkara ini daripada pengetahuan rakyat dan wakil-wakil rakyat kerana ianya melibatkan cukai yang dibayar rakyat,” tegasnya.

Sewaktu perbahasan belanjawan 2010 di Dewan Rakyat petang semalam, Mahfuz mengutarakan perkara tersebut dan meminta Menteri Kewangan memberikan penjelasan.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri, Datuk Chor Chee Heung (BN-Alor Setar) berkata, Kementerian tidak mengetahui mengenai kewujudan projek tersebut dan akan memberikan jawapan bertulis.

Rumah berkenan dakwa Mahfuz terletak di Lot 65 seksyen 60, Persiaran Mahameru, dekat sini.

Projek berkenaan sedang daam pembinaan dan telah siap 20 hingga ke 30 peratus.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: