Nik Aziz sahkan dua setiausaha berundur

Tinggalkan komen

Disember 30, 2009 oleh HermanSamsudeen


Oleh Abdul Rahim Sabri

Malaysiakini : Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengesahkan pengunduran dua pegawai peribadinya seperti diura-urakan sejak hujung minggu lalu.

Beliau, yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan, memaklumkan isu hangat kepada mesyuarat mingguan Dewan Harian parti itu di Kota Bharu petang ini.

Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim memberitahu Malaysiakini selepas mesyuarat itu, setiausaha politik menteri besar Anual Bakhri Haron meletakkan jawatan berkuatkuasa 1 Januari ini, setiausaha akhbar Mohd Saiba Yaakob pula tamat kontrak sebulan selepas itu.

Ditanya sebab-sebab Anual Bakhri berundur daripada jawatan yang disandangnya sejak Disember 1999, Mohd Zaki berkata pegawai itu ingin menumpukan pada kegiatan penulisannya.

Exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, yang juga timbalan dua pesuruhjaya PAS Kelantan, hadir dalam mesyuarat selama 90 minit itu walaupun pada awalnya diura-urakan ingin memboikotnya.

Husam, yang dikatakan rapat dengan Anual Bakhri, diura-urakan tidak senang dengan perkembangan politik dalam kerajaan negeri itu, mutakahir ini.

Dihubungi Malaysiakini pagi ini, Anual berkata beliau tidak ada apa-apa masalah untuk melepaskan jawatan tersebut kerana “sebelum ini selalu bercakap kemungkinan untuk melepaskan jawatan ini”.

“Saya tidak ada apa (masalah), saya sudah berkhidmat 10 tahun,” katanya.

Ditanya sama ada pengguguran tersebut disebabkan perkembangan dan pergolakan yang berlaku di Kelantan, Anual berkata: “Saya tidak pergi sejauh itu.”

Seorang bekas pegawai mantan menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menulis di blognya bahawa Anual terpaksa melepaskan jawatan tersebut.

“Anual dalam pesanan mesej ringkasnya (kepada saya) sekadar berkata, ‘beliau mengundur diri dalam keadaan yang sukar’,” kata Anuar Hashim di Perakite semalam.

Seperti laporan akhbar hari ini, Mohd Saiba pula mengesahkan pengguguran itu melibatkan beliau dan Anual tetapi kedua-duanya belum menerima hitam putih keputusan tersebut.

Bercakap kepada Berita Harian, beliau difahamkan Anual digugurkan susulan pertikaian beberapa pihak terhadapnya yang dianggap “gagal memberi nasihat politik yang betul kepada menteri besar dalam beberapa isu penting mutakhir ini.”

Mengulas isu panas tersebut, kerana dianggap satu lagi tanda pergolakan dalaman PAS negeri, Nik Abdul Aziz menafikan wujud pemecatan dua setiausahanya.

Bercakap dalam sidang media hari ini, lapor Harakahdaily.net, beliau berkata Anual Bakhri sudah lama berniat berbuat demikian.

Anual Bakhri mahu menumpukan kepada bidang penulisan dan syarikat penerbitannya, selain masalah kesihatan anak bongsunya, lapor media rasmi PAS itu lagi.

Nik Abdul Aziz dipetik berkata pengunduran dua pegawainya itu bukan rombakan tetapi prosedur biasa pelantikan politik.

Beliau juga menafikan desas-desus Husam, yang hadir di mesyuarat tersebut walaupun diura-urakan tidak mahu menyertainya, meletakkan jawatan.

Dalam perkembangan lain, agensi berita Bernama melaporkan,

Nik Abdul Aziz juga berkata PAS Kelantan akan meneruskan amalan mengambil calon luar negeri itu untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

“PAS Kelantan masih memerlukan khidmat calon luar Kelantan bagi mengisi keperluan di negeri di samping mereka yang tiada tempat di negeri mereka,” beliau dipetik berkata.

Nik Abdul Aziz berkata kenyataannya sebelum ini bahawa PAS Kelantan akan mengkaji keperluan mengambil calon luar untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang sebagai mengambil “jalan tengah” untuk menghormati kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi.

Dalam sidang akhbar yang sama, Mohamad Daud pula menafikan beliau pernah menyarankan supaya calon PAS terdiri daripada anak tempatan sahaja.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu kepada mana-mana wartawan, sama ada secara telefon atau menemui saya,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: