Pemuda PAS terus desak MAIWP dedah info

Tinggalkan komen

Disember 30, 2009 oleh HermanSamsudeen


Oleh Salhan K Ahmad

mosque project seri hartamas 03Malaysiakini : Pemuda PAS Wilayah Persekutuan memberi tempoh seminggu lagi kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk memberi penjelasan mengenai status tapak masjid di Desa Sri Hartamas sebelum membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua dewan itu Kamaruzaman Mohamad berkata isu tersebut sedang diteliti oleh peguam mereka untuk mengenal pasti sekiranya terdapat unsur-unsur meragukan dalam proses pertukaran tapak masjid itu kepada kawasan komersil.

“Sekarang ini sudah berlarutan lebih dua minggu selepas kita hantar memorandum kepada MAIWP, belum ada apa-apa penjelasan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

“Kita beri tempoh seminggu lagi kepada MAIWP untuk berikan penjelasan, khususnya tentang pertukaran status tanah tersebut.

“Sekiranya ada elemen-elemen yang meragukan dalam penjelasan itu nanti, kemudian barulah kita akan laporkan kepada SPRM.”

Pada 16 Disember lalu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyerahkan memorandum kepada MAIWP supaya membuat penjelasan berhubung tanah yang kini dimajukan untuk membangunkan kompleks komersil Glomac Galeria.

Dewan itu meminta MAIWP menyatakan individu-individu berkepentingan dalam membangunkan kawasan tersebut.

mosque project seri hartamasDi samping itu, MAIWP juga diminta mendedahkan nama kesemua 20 pemilik unit komersil berkenaan dan menjelaskan bagaimana duit jualan bagi projek itu, didakwa bernilai RM8.3 juta, disalurkan.

MAIWP turut diminta mendedahkan butiran perjanjian dan dokumen yang berkaitan, selain menjelaskan kepentingan majlis agama tersebut dalam transaksi hartanah tersebut.

Sementara itu, ketua pengarah eksekutif MAIWP Anan C Mohd pula secara ringkas memberitahu Malaysiakini, pihaknya telah memberikan jawapan kepada Pemuda PAS berhubung semua “persoalan yang dikemukakan.”

“Kita dah jawab semua dah. Kita dah maklumkan minggu lepas,” katanya, menjelaskan makluman itu dihantar melalui sepucuk surat kepada pejabat dewan berkenaan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran makluman tersebut kepada dewan tersebut.

Sewaktu dihubungi kemudian, Kamaruzaman berkata pejabat beliau belum menerima dokumen daripada MAIWP.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: