Pemuda PAS Wilayah mahu Kerajaan tarik balik RM 12 Juta untuk Pak Lah

2

Disember 30, 2009 oleh HermanSamsudeen


Kenyataan Media
 
Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPWP) mahu kerajaan menarik balik peruntukan RM 12 juta bagi projek pembinaan rumah Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk diberikan kepada rakyat yang lebih memerlukan.

DPPWP mahu Kerajaan mengunakan peruntukan itu bagi membina rumah Kos rendah bagi keperluan rakyat. Dengan wang sebanyak itu, kerajaan boleh membina sekurang-kurangnya 120 unit rumah untuk diberikan kepada 120 keluarga miskin berbanding untuk mantan Perdana Menteri dan Isterinya yang sudah diketahui umum mempunyai beberapa rumah termasuk di Australia.

DPPWP juga yakin Tun Abdullah dapat menerima pandangan ini jika beliau masih berpegang pada sajaknya yang bertajuk “Mencari Damai Abadi”.

Tun Abdullah sudah menyatakan bahawa beliau “bukan harta bertimbun-timbun, Untuk hidup kaya” atau “wang berjuta-juta Untuk hidup bergaya”. Beliau hanya mencari “Al-Ghazali dan Al-Shafie” dan mahu menghabiskan usia persaraannya untuk “membongkar rahsia kitab suci dan rahsia sunnah nabi sebagai pedoman dan panduan”

Sajak Tun Abdullah yang dicipta pada tahun 2004 itu sewajar sudah memberikan jawapan kepada Kerajaan tentang apa yang beliau perlukan.

DPPWP juga mencadangkan agar Lot 65 seksyen 60, Persiaran Mahameru disedekahkan kepada umat Islam Wilayah Persekutuan bagi mengantikan tapak tanah masjid di Desa Sri Hartamas yang telah digadai oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan pemimpin Umno. 

DPPWP yakin Tun Abdullah pastinya akan menemui damai abadi jika ikhlas menolak pemberian RM 12 juta dari Kerajaan itu.

Herman Samsudeen
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

2 thoughts on “Pemuda PAS Wilayah mahu Kerajaan tarik balik RM 12 Juta untuk Pak Lah

  1. pakcikli00 berkata:

    Dasar Umno 1Malaysia

    Jika ada bantuan rumah rakyat termiskin
    mesti ada bantuan rumah rakyat terkaya

    jika rakyat terkaya tak dibantu entah apa pula injin yang hilang nanti, kerana mereka kuat makan, mula makan rasuah, kemudian makan besi injin, makan rakyat, makan kawan, akhirnya makan diri sendiri.

  2. shafifah berkata:

    Solat Sunat Al Khusuf di Masjid Negara/Masjid Taman TAR/Masjid Al Falah

    Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara, Kuala Lumpur akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

    Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa
    Bertempat Perkarangan Masjid Negara
    Tarikh 1 Januari 2010 bersamaan 15 Muharram 1431H (Jumaat-Malam Tahun Baru 2010)

    1.00 Pagi hingga 6.00 Pagi

    Aturcara Program adalah seperti berikut :

    Pencerapan Gerhana Bulan Separa
    Pencerapan Planet Zuhal dan Marikh
    Pameran Bulan
    Solat Sunat Gerhana Bulan
    Khutbah Khas Gerhana Bulan
    Pertandingan Kuiz
    Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan ianya adalah PERCUMA

    SOLAT SUNAT GERHANA BULAN DI MASJID TAMAN TAR

    http://wp.me/piAx4-11V

    PROGRAM DI MASJID AL FALAH :

    http://wp.me/piAx4-11T

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: