‘Ziarah Kasih’ Pemuda PAS di ambang tahun baru

2

Disember 31, 2009 oleh HermanSamsudeen


Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan serta Nisa Wilayah Persekutuan akan berganding bahu menjalankan operasi ‘Ziarah Kasih’ pada malam Ambang Tahun Baru
2010.

Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad berkata operasi itu akan tertumpu di beberapa lokasi strategik di sekitar ibu negara seperti Dataran Merdeka, KLCC, Taman Tasik Titiwangsa, Bangsar dan Taman Tasik Permaisuri mulai pukul 9 malam hingga 1 pagi.

Operasi itu bertujuan mendekati anak-anak muda supaya mereka mampu menjaga diri, akhlak, sahsiah serta pergaulan agar tidak terjerumus kepada perkara negatif.

“Berdasarkan pengalaman setiap tahun, budaya sambutan Malam Tahun Baru ini menjadi punca peningkatan gejala sosial di kalangan anak-anak muda seperti hedonisme (candu hiburan), zina, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, dadah minum arak, lumba motor haram dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kebiasaannya, anak-anak muda mengakhiri sambutan malam Tahun Baru dengan berkunjung ke kelab malam, berlumba motor dan kereta, mengambil dadah, meminum arak atau berkunjung ke tempat-tempat sunyi bersama pasangan masing-masing.

Kamaruzaman berkata PAS berharap usaha itu akan disokong sepenuhnya oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan polis selain badan-badan bukan kerajaan. – Bernama

Advertisements

2 thoughts on “‘Ziarah Kasih’ Pemuda PAS di ambang tahun baru

  1. tok nebe berkata:

    Salam,

    Terkejut saya poster ziarah kasih ini yang dipaparkan dilaman ini. Adakah ini satu kesilapan? Cuba lihat versi ori yg lebih besar di sini >>… http://kkmkbogor.files.wordpress.com/2009/03/poster-ziarah-2009-ukuran-kecil.jpg?w=413&h=587

  2. arah berkata:

    Syabas Dewan Pemuda PAS Wilayah.

    Semuga aktiviti ni di adakan setiap minggu terutama di Chow Kit dan Bintang Walk.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: