Ziarah Kasih: Ibarat doktor temui pesakit

Tinggalkan komen

Januari 1, 2010 oleh HermanSamsudeen


Oleh Hazayani Zakaria  

KUALA LUMPUR, 1 Jan: “Ingat, kita ibarat doktor, dan mereka ialah pesakit-pesakit kita. Jadi dekati mereka dengan lemah-lembut , bukan dengan cara yang agresif dan membuatkan mereka benci kepada kita.”

Demikian pesanan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hasan dalam taklimatnya kepada kira-kira 100 sekarelawan ‘Ziarah Kasih’ sebelum bergerak mendekati pengunjung sambutan malam tahun baru 2010 di sekitar KLCC malam tadi.

Seperti tahun-tahun terdahulu, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) dan Nisa’ Wilayah Persekutuan (NISAWP) mengambil inisiatif untuk ‘bersama-sama’ warga kota Kuala Lumpur menyambut ketibaan tahun baru.

Bezanya, jika orang ramai berkunjung ke KLCC semata-mata untuk menanti detik 12 malam dan menyaksikan percikan bunga api bernilai puluhan ribu ringgit menghiasi langit malam, mereka pula ada misi sendiri, iaitu untuk mendekati pengunjung bagi memberikan sedikit kesedaran kepada mereka agar tidak hanyut dibuai keseronokan dunia, terutamanya golongan remaja dan belia.

Malam tadi, berbekalkan beberapa risalah dakwah yang disediakan DPPP dan Nisa’, kira-kira jam 10.30 malam,setelah selesai sesi taklimat, pembahagian kumpulan dan bacaan doa di Masjid As-Syakirin, mereka mula bergerak mendekati para pengunjung yang mula membajiri sekitar KLCC.

Ada pengunjung yang hadir bersama-sama keluarga, secara berkumpulan, dan tidak kurang juga anak muda Melayu yang hadir bersama-sama ‘teman istimewa’ masing-masing.

Seperti yang diingatkan Nasrudin selaku ketua ekspedisi, para sukarelawan menyapa dan mendekati pengunjung dengan salam dan senyuman mesra, tidak hanya mengedarkan risalah.

Nasrudin sendiri, tanpa kekok menyapa sekumpulan remaja lelaki lalu duduk bersila santai bersama-sama mereka sambil bertanya khabar dan diselitkan dengan pesanan-pesanan lembut, seperti seorang ayah menasihati anaknya.

Kumpulan remaja berkenaan tidak pula menunjukkan riak wajah marah, sebaliknya menerima kehadirannya dengan reaksi ‘malu-malu’.

Nasrudin ditemani Setiausaha DPPP, Kamaruzaman Mohamad yang juga Ketua DPPPWP mendekati satu-persatu kumpulan anak muda Melayu yang pelbagai fesyen pakaiannya. Segala jenis fesyen remaja terkini yang ‘up to date’ dapat dilihat malam tadi.

Hasil tinjauan, rata-rata mereka masih lagi bersekolah dan tinggal bersama-sama ibu-bapa.

“Sekolah tingkatan berapa…datang ke sini, mak dan ayah tahu ke…lepas tegok bunga api, balik rumah ye..ustaz harap tak ada yang buat perangai bukan-bukan…ini ada risalah dari ustaz. Sambil-sambil tengok orang ramai, bolehlah baca.”

“Baik ustaz, kami saja datang sini suka-suka, nak tengok orang ramai, nak tengok bunga api.Lepas ni kami balik.”

Itu antara dialog Nasrudin dengan remaja-remaja berkenaan sebelum risalah yang dibawa bertukar tangan.

“Engkau elok baca risalah ni..Bagus ni kalau kau nak bertaubat.Kiamat kan dah dekat,” terdengar juga ‘gurauan nakal’ seorang remaja lelaki tatkala melintasi kumpulannya.

Namun, ada juga sedikit gangguan daripada pihak keselamatan sewaktu Ziarah kasih berjalan apabila beberapa orang pemuda dari Gombak didatangi sekumpulan anggota keselamatan.

Mereka meneliti risalah yang dibawa sambil bertanya beberapa soalan. Namun, ianya dapat diselesaikan dengan baik tanpa berlaku rampasan risalah seperti setiap kali berlakunya perhimpunan aman.

Mungkin pihak keselamatan berkenaan yang semuanya Melayu, menyedari hakikat bahawa anak muda kini ketandusan peringatan berguna, dan risalah dakwah itu sedikit sebanyak dapat membantu.

Manakala risalah yang dibawa salah seorang sukarelawan Nisa’ dirampas oleh pekerja keselamatan beruniform putih, tanpa sebarang sebab.

Ziarah Kasih berkenaan dihentikan pada jam 12.15 pagi, setelah para pengunjung bersorak riang melihat percikan bunga api.

Ketika para pengunjung mula berpusu-pusu beredar meninggalkan lokasi, para sukarelawan ini sempat mengedarkan risalah sebelum berkumpul semula di masjid Syakirin untuk mendengar ucapan penutup daripada Nasrudin.

“Alhamdulillah kita berjaya menjalankan amanah kita, dan saya ucapkan terima kasih kepada adik-adik yang sanggup menyertai ziarah kasih kita pada malam ini.

“Saya pasti, setiap kumpulan mempunyai pengalaman tersendiri sewaktu ziarah tadi. Ada yang disambut baik, ada yang dingin, ada yang cuba mengganggu, namun kita kena ingat, itulah cabaran yang perlu kita tempuhi untuk menyampaikan dakwah,” katanya dalam ucapan penutup sebelum bersurai.

Meskipun program sedemikian dipandang remeh dan kecil oleh sesetengah pihak, namun sedikit sebanyak, ianya dapat memberikan kesan kepada pengunjung yang hadir.

Dalam kesibukan manusia mengejar keseronokan dunia, ada segelintir pihak yang sanggup turun padang demi menegakkan amar ma’ruf, nahi mungkar di Kota Metropolitan Kuala Lumpur.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Januari 2010
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: