AG jangan buat lawak antarabangsa kes enjin hilang

3

Januari 7, 2010 oleh HermanSamsudeen


Oleh Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) meminta agar Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail tidak membuat lawak antarabangsa dalam kes kehilangan dua unit enjin Jet Pemintas F-5E milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang bernilai RM100 juta.

Demikian kata Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad kepada Harakahdaily.

PAS melihat, kata Idris, pendakwaan dua orang tertuduh melibatkan anggota TUDM, Sarjan N. Tharmendran dan Pengarah Syarikat K. Rajandran Prasad sebagai melepaskan batuk ditangga dan tidak serius.

Katanya, PAS yakin bahawa ada lagi pihak-pihak lain yang terlibat tetapi tidak didakwa.

Ini kerana, kes ini melibatkan kehilangan dua unit enjin Jet yang besar bukannya kehilangan dua biji telur ayam atau gula-gula Hacks.

Adalah mustahil kes yang boleh diklasifikasikan sebagai kes jenayah antarabangsa hanya melibatkan dua orang sahaja, katanya.

“Mustahil bagi N. Tharmendran membawa keluar dua enjin ini tanpa dibantu oleh sesiapa. Adalah tidak logik bahawa semua dokumen pelupusan enjin berkenaan hanya diketahui oleh beliau sahaja,” katanya.

Bagi beliau, TUDM mempunyai ramai anggota yang menjaga stor logistik dan tempat enjin berkenaan disimpan.

Maka, adalah mustahil jika enjin ini boleh dikeluarkan dari kawasan TUDM yang dikawal rapi secara berseorangan tanpa kerjasama pihak yang lebih tinggi pangkatnya dari Sarjan ini.

PAS berharap agar AG dan Polis dapat mengemukakan pihak-pihak lain yang terlibat kerana kes ini amat memalukan Angkatan Tentera Malaysia dan imej negara ini.

AG harus bertanggungjawab untuk memastikan mereka yang terlibat, termasuk Menteri (jika ada) dibawa kemuka pengadilan, katanya.-Harakahdaily

Advertisements

3 thoughts on “AG jangan buat lawak antarabangsa kes enjin hilang

  1. shafifah berkata:

    Jadual Lengkap Program Ziarah dan Dakwah Habib Umar di Malaysia : http://wp.me/piAx4-135

    PENGGUNAAN NAMA ALLAH: ANTARA CELARU DAN KELIRU http://wp.me/piAx4-13v

    Isu Kalimah Allah – Dr. Siddiq Fadzil : http://wp.me/piAx4-13p

  2. Al-Ayubi berkata:

    Mmg ada melibatkan anggota berpangkat besar dan menteri, mmg tak masuk akal. Saya pernah menjalankan tugas bersama2 anggota tentera selama bbrp tahun, kalau pangkat sarjan tu mmg mereka boleh dikatakan tak tau apa2 pasal enjin kapal terbang yg terlalu teknikal, lebih2 lagi utk seorang yg berpelajaran sehingga SPM. Bolehkah mereka buka enjin tersebut berdua tanpa mengganggu sistem pada enjin tersebut. Ini enjin jet bukan enjin motosikal PASOLA @ VESPA. Orang2 atas yg terlibat tau mereka akan “selamat” skrg ini tp sampai bila? Makan duit haram takkan selamat !!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Januari 2010
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: