BN dendam K’tan, enggan beri royalti: PAS

Tinggalkan komen

Januari 12, 2010 oleh HermanSamsudeen


Malaysiakini : Kerajaan pusat yang dikuasai BN masih berdendam terhadap rakyat Kelantan, yang ditadbir PAS, apabila enggan menyerahkan royalti petroleum, kata ketua penerangan PAS Idris Ahmad.

“Ketika PAS menang di Terengganu pada tahun 1999, serta-merta kerajaan BN menarik balik wang royalti dan menggantikannya dengan wang ehsan sebagai satu hukuman kepada rakyat Terengganu yang memilih PAS,” katanya.

“Baru-baru ini selepas BN berjaya menguasai Terengganu untuk penggal kedua, BN mulai cuba mengubah taraf perjanjian itu kepada wang royalti semula.”

Beliau mengulas kenyataan terbaru pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, yang enggan melayan tuntutan kedua Kelantan terhadap royalti minyak selepas tuntutan pertama RM2 bilion sejak pertengahan tahun lepas.

Mustapa merujuk kenyataan exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa yang ingin persekutuan berbuat demikian bagi kawasan cari gali baru di pelantar Bintang, di sempadan Kelantan-Terengganu.

Menurutnya, kerajaan persekutuan mendapat royalti RM9.7 bilion daripada projek tersebut.

Dalam kenyataannya hari ini, Idris berkata sikap Mustapa itu “satu penafian yang nyata” dan ia “tidak selari dengan fakta Jabatan Perangkaan Negara yang melaporkan pada 2004 bahawa Kelantan bersama Terengganu dan Sabah mengeluarkan minyak bernilai lebih RM46 bilion iaitu 76 peratus daripada nilai keseluruhan minyak dalam negara.”

Beliau juga menuduh Mustapa “pengkhianat kepada rakyat Kelantan dan Sultan kerana enggan memperjuangkan isu royalti minyak” untuk negeri berkenaan.

Idris menambah, rakyat sesebuah negeri pengeluar minyak tidak  suka wang ehsan disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan, bukan kepada kerajaan negeri seperti di Terengganu sewaktu dikuasai PAS sehingga 2004.
 
“Hal sama akan berlaku di Kelantan jika wang ehsan diberikan.

“Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan yang merupakan ‘kerajaan hantu BN’ di Kelantan akan bermaharajalela mengunakannya untuk meraih sokongan rakyat sebagai persiapan pilihanraya akan datang,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Januari 2010
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: