SPR jangan serah kepada PM, desak PAS

Tinggalkan komen

Januari 13, 2010 oleh HermanSamsudeen


Malaysiakini – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak tidak lagi merujuk draf persempadanan semula kawasan pilihan raya kepada perdana menteri kerana ia boleh merosakkan imej badan itu dan menimbulkan kesangsian, kata PAS.

“Walaupun amalan ini sudah menjadi kebiasaan, namun dari sudut integriti dan kebebasan SPR masih boleh dipersoalkan,” kata ketua penerangan parti itu Idris Ahmad.

“Sebarang draf cadangan pindaan terhadap undang-undang serta peraturan SPR yang melalui pintu pejabat perdana menteri pastinya menimbulkan kesangsian kerana ia boleh dipinda sesuka hati oleh perdana menteri mengikut kepentingan partinya.

“Kredibiliti SPR dan perdana menteri sebagai pegawai eksekutif dalam kerajaan boleh dipertikaikan kerana kepentingannya itu.”

Sebagai badan bebas, tambahnya, SPR harus mengemukakan terus sebarang draf atau dokumennya kepada Dewan Rakyat dan tidak wajar ia disalurkan terlebih awal kepada jemaah menteri untuk dipinda.

“SPR sepatutnya bertanggungjawab terus kepada Parlimen dan setiap draf hanya perlu dilihat oleh ahli parlimen termasuk perdana menteri ketika dibentangkan dalam Parlimen dan bukannya dibawa ke mesyuarat kabinet terlebih dahulu untuk diedit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Kabinet merupakan jawatankuasa eksekutif tertinggi negara, bukannya badan perundangan yang boleh menentukan kerelevanan sesuatu pindaan. Malah kabinet yang ada pada hari ini dilihat mempunyai kepentingan yang tinggi dalam semua isu dan perkara.”

Idris juga berkata, PAS berharap selepas ini setiap suruhanjaya yang dibentuk melalui akta Parlimen merujuk terus kepada badan penggubal undang-undang “dan tidak perlu lagi mengetuk pintu kabinet kerana keputusan mewujudkan suruhajaya itu keputusan Parlimen, bukan kabinet.”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Januari 2010
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: