SPRM: Tindakan jika dedah aduan kepada media

Tinggalkan komen

Januari 13, 2010 oleh HermanSamsudeen


Oleh Hafiz Yatim

Malaysiakini -Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru dilantik, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, mulai tahun ini, tindakan akan diambil terhadap mereka yang mendedahkan kepada pihak media maklumat dalam aduan mereka kepada SPRM.

Dalam sidang akhbar sulungnya selaku ketua pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim, 48, berkata mengikut Seksyen 29(4) Akta SPRM, sesiapa yang didapati mendedahkan maklumat mengenai aduan yang dibuat, boleh berdepan dengan tindakan undang-undang.

NONEMenyentuh tentang beberapa tindakan ahli-ahli politik, Abu Kassim berkata, mereka membuat aduan mengenai dakwaan berlakunya rasuah, tetapi pada masa yang sama, mendedahkan juga maklumat kepada umum.

Di bawah akta tersebut, katanya, tindakan boleh diambil terhadap sesiapa yang memberi maklumat, termasuk pemberita yang melaporkannya.

Katanya, maklumat tersebut tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang selain pegawai SPRM dan timbalan pendakwaraya.

Abu Kassim berkata, SPRM terpaksa bertindak demikian kerana ia membabitkan keadilan dan maruah orang yang diadu.

Katanya, ini kerana ada kes di mana pengadu membuat aduan dengan niat yang terselindung dan bukannya untuk membasmi rasuah.

azlanMenurutnya, beliau tidak bermaksud untuk menyekat kebebasan media atau hak pengadu, tetapi tindakan tersebut terpaksa dilakukan demi keadilan.

Abu Kassim berkata, SPRM boleh membuat aduan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukannya.

Katanya, mereka yang didapati bersalah berdepan dengan hukuman dua tahun penjara atau denda RM100,000.

Abu Kassim juga ditanya mengenai satu laporan yang dibuat terhadap Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor.

Beliau turut menyentuh banyak lagi isu-isu, termasuk siasatan terhadap dakwaan penyiasat persendirian P Balasubramaniam, usahanya untuk memperbaiki kedudukan Malaysia dalam ranking indeks persepsi Rasuah, dan juga meningkatkan reputasi SPRM.

Abu Kassim juga menafikan yang beliau menerima arahan dari pihak atasan, sama ada hendak memula atau menutup siasatan, dengan berkata beliau tidak pernah menerima arahan seumpama itu.

[Baca berita penuh]

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Januari 2010
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: