Negara tak stabil, tapi PM, TPM sama-sama keluar negara

5

Januari 15, 2010 oleh HermanSamsudeen


Oleh Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Ekoran politik Malaysia yang dilihat tidak stabil, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar petang tadi mempertikai tindakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar negara.

Bagi beliau, salah seorang pemimpin tersebut sewajarnya berada dalam negara kerana isu kalimah ‘Allah’ dan beberapa insiden pengeboman gereja masih gagal ditangani kerajaan.

“Wajarkah Perdana Menteri dan timbalannya meninggalkan negara, ketika negara diambang bahaya…(iaitu) isu kalimah (Allah) tak selesai-selesai dan beberapa gereja terus dibom sehingga masyarakat berasa seperti tak selamat,” jelasnya.

“Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tak ada dalam negara. Najib baru bertolak semalam (ke Arab Saudi) dan Muhyiddin sekarang berada di Landon…siapa yang perlu dipertanggungjawabkan kalau apa-apa tercetus di dalam negara? KDN?”

“Dalam keadaan tenang pun, mesti sekurang-kurangnya Perdana Menteri atau Timbalannya mesti tidak boleh meninggalkan negara, inikan pula pada waktu yang begitu kecoh.”

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sena mendakwa, tindakan Najib dan Muhyiddin tersebut menunjukkan bahawa mereka berdua tidak serius mahu menangani ketidakstabilan politik dalam negara.

Tambahnya lagi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein wajar dipersalahkan juga kerana dilihat lebih bermain politik dari memastikan kestabilan dalam negeri kembali pulih belakangan ini.

“Sampai sekarang tiada penyelesaian (dari KDN), paling tidak tangkap saspek…kata wajah sudah dikenal pasti…(Polis perlu) siasat dan dakwa, jangan sekadar buat kenyataan politik, kerana ini (kes gereja dibom) isu keselamatan negara,” tegasnya.

“Mereka kata (keselamatan dalam negeri) terkawal-terkawal, tetapi hari ini ada lagi Gereja (Katholik St. Elizabeth) di Kota Tinggi pula yang disimbah pula dengan cat.”

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berada di Pusat Pengajian Islam Oxford (OSFIC), United Kingdom kerana menyampaikan suatu syarahan.

Manakala, Najib dengan ditemani Hishammudin pula berada di Arab Saudi kerana menandatangani suatu perjanjian dengan kerajaan tersebut.-Harakahdaily

Advertisements

5 thoughts on “Negara tak stabil, tapi PM, TPM sama-sama keluar negara

  1. pakcikli00 berkata:

    Keperluan Segara – Fasa 1: Kelulusan Pelan Bangunan dari MPK
    Januari 15, 2010 pada 10:21 am (Uncategorized) Tags: derma kilat, jariah, zakat
    Assalamualaikum..
    Semoga anda semua mendapat rahmat dari Allah
    Kami memerlukan sumbangan SEGERA sebanyak RM3,600 untuk urusan kelulusan Pelan Bangunan daripada pihak Majlis Perbandaran Klang. Bayaran ini termasuklah untuk kelulusan Hoarding, Lesen Iklan, Papan Tanda dan yuran pemprosesan Pelan.
    Sila hubungi AJK yang terlibat, SMS kan hajat anda dan kami akan menghubungi anda semula untuk urusan selanjutnya.
    Sama-samalah kita bagunkan syiar Islam di tanahair kita ini. Wassalam, sehingga berjumpa lagi. Surau Al-Qayyum.
    Bandar Armada Putra Pulau Indah 42000 Pelabuhan Klang
    Pengerusi En Saifullizan Hj Mohd Isa 012 6874 385
    Setiausaha En Khaszemi Mohd Yakim 019 3376 927
    Bendahari En. Mohd Riza Mohd Yusoff 012 3080 362
    Sila SMS jika panggilan tidak dijawab. Kami akan menghubungi anda kemudian. Terima Kasih.

    Sumber: http://suraualqayyum.wordpress.com/

  2. umno penipu berkata:

    YANG TIDAK STABIL DAN GOYANG IALAH NEGARA….TAPI POKET PUAK-PUAK NI SENTIASA STABIL DAN PENUH….APA KISAH NEGARA YANG PENTING PERUT DEPA..

    TAPI MASIH RAMAI YANG SUKA KENA TIPU….

  3. KLUKLAX berkata:

    LIKELY….DAH TAHU TAK PA LAH.. JELAS DAN NYATA..SUPER MAN PUN DAH GIE, KALO TOKEY PERGIE KULI SENANG HATI LOO SEMUA PUN LEH JADI..SODAP ATI LAMO2 PORGIE PUN TAK PA…KURANG KALO TULUS IKLAS MEREKA KENA JELASKAN KAT RAKYAT KES MIA NIE…SEBAB MEREKA PUN MAKAN GAJI..kalo tulisan atas tu sebenar nya

  4. KLUKLAX berkata:

    tak pa la pilihan di hati

  5. Depa suka berjoli. Rakyat susahkan ada Badan yang dapat membantu. PM,TPM ape sangat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Januari 2010
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: